f Secubit Garam: Ayam Masak Paprik Special

N3 Terkini

Thursday, August 5, 2010

Ayam Masak Paprik Special

Salam buat semua...

Semalam menu ikan jadi hari ni kita buat menu ayam pulak. Kebetulan K.Nor cantas ranting pokok limau purut pg smlm. Pastu semalam dah guna sket dlm masakan Siakap 3 Rasa, masih ada balance lg tu dlm esbok. Pastu terpikir nak masak paprik la pulak sbb masakan paprik pun menggunakan daun limau purut kan. 

Kali ni K.Nor mencuba resipi Ayam Masak Paprik Special, resipi suami Love2Cook ni.. Love, mmg best la resipi hasil tangan yr hubby!! Sedap!! Cam biasa, K.Nor nak share lak resipi tu kat sini, boleh kan? TQ




AYAM MASAK PAPRIK SPECIAL by Love's Hubby :)

Bahan-bahannya :-
300gm ayam (Hubby guna bahagian keel ayam) ~ dipotong dadu
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 inci halia ~ dicincang
1 biji tomato ~ dipotong
1 biji carrot ~ dihiris
30gm bunga kubis ~ dipotong
3 helai daun limau purut
2 sb cili kering kisar
1 sb sos tiram
1 sb kicap manis
1 sb sos cili
1 sk sos ikan
garam secukup rasa



Cara-cara memasaknya :-
Gaulkan ayam bersama sedikit garam. Panaskan minyak dlm kuali dan gorengkan ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan bunga kubis dan carrot. Gaul rata, biar sayur masak.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tambahkan sos tiram, kicap manis, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.
Masukkan tomato dan daun limau purut, kacau rata dan padamkan api.
Sedia dihidang bersama nasi putih panas2! ;)

8 comments:

  1. salam kak nor..sedap tu ayam masak paprik ni...hmmm ader lebih lagi x daun limau purut tu ? kalo ader meh try buat ayam masak merah harum pulak...mabeles tau rasanya...resepi dari kak dayang jack..

    ReplyDelete
  2. K.Nor...ambooiii terliur doh nih...masuk list juga nih..utk bulan pose yg bakal menjelma..psstt K.Nor...lieza tgk carrot tu 41 biji tuhh...mesti typing error ni..

    ReplyDelete
  3. Nor, resepi sedap n ringkas ni nak masuk list untuk bulan posa nnti...insyaallah.

    ReplyDelete
  4. lenda >> salam lenda.. ada lg ni, boleh diguna dlm 3 - 4 masakan lg..kat bawah tu ada dua pokok..hari2 guna pun tak abis.. hehe.. nanti k.nor try menu dayang tu ya.. insyaallah.. tq

    lieza >> buat jgn tak buat.. sedap! oppss tu kes kopipes direct dr rumah love.. ok2 nanti k.nor edit tq

    k.rose >> alhamdulillah.. try la k.rose, insyaallah sedap, mesti lg sedap sbb makan utk berbuka puasa

    ReplyDelete
  5. ada resepi yg lain dripd lain x . hahah . sja nk try la . =D

    ReplyDelete
  6. Salam..menarik resepi yg dikongsi. Jemput lawat blog sy pulak. www.esihat.com
    Tq

    ReplyDelete
  7. Mintak izin nak share & copy yer sis..

    ReplyDelete