f Secubit Garam: Rojak Betik

N3 Terkini

Thursday, August 19, 2010

Rojak Betik

Salam...

Bagi org Trg rasanya mmg tau dgn makanan ni kan. Kiranya makanan org lama Trg la ni. Syok dimakan petang2, tambah lagi kalau ada keropok ikan atau org Trg panggil keropok keping. Makan dgn keropok lekor pun sedap gak.

K.Nor sesekali jer buat dgn betik sbb payah sket nak jumpa betik mengkar. Kalau guna betik yg dah masak tak best sbb lembik. Bila guna betik mengkar, ia krup krap jer. Pastu ada yg letak hirisan timun btg dan ada yg tambah hirisan nenas. Kalau tak ada betik mengkar K.Nor buat gak tp buat kuah aje seperiuk. Pastu goreng keropok ikan banyak2. K.Nor dan anak2 suka makan gitu jer. Patah2kan keropok ikan tu dlm mangkuk pastu curah kuah atasnya... perghhhh.. sedap!! Ikan yg paling sedap digunakan utk membuat kuah ialah ikan selayang. Terasa manis isi ikan kalau kita guna ikan selayang ni cam kita buat kuah laksa gak.


Jom kita tengok resipi Rojak Betik yg pernah K.Nor post kat MyR dulu.

ROJAK BETIK My Style

Bahan-bahan ( lebih dari 7 org (bergantung pd saiz betik) )
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun

Bahan Utk Kuah
9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping nisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air

Cara-cara
Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yg berisi air. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik td.
Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.

Utk membuat kuah:
Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Jgn sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
Utk. menghidang:
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh jugak nak letak hirisan nenas bg yg gemar makan nenas. Letakkan kuah atas bahan2 td dan rojak betik sedia utk dingap..
Rojak betik ini sedap dimakan dgn kuah yg sejuk (letak dalam peti ais) dan juga dimakan dgn keropok keping(keropok ikan). Selamat Mencuba!!

6 comments:

  1. Salam pagi K.Nor..banyak menu yang lih buat ngan betik ni kan...menu sihat ni..

    ReplyDelete
  2. 1st time dpt tahu kuah rojak buat dr isi ikan. mesti sedap!!

    ReplyDelete
  3. k.nor, tgk rojak betik ni teringat kt ayah, sbb ayah saya suka sgt mkn rojak ni. Cicah ngan kopok best kan k.nor. Kuah tu yg best....

    ReplyDelete
  4. kerull >> salam kerull dh petang ni..hehe sedap tu.. org ganu mmg suka benor dgn rojak betik ni..

    ain >> org ganu kalau bab makanan mmg selalunya ada letak ikan.. rasa kuah dia tu masam2 pedas ain.. menyelerakan

    ina >> yep.. mmg sedap makan dgn kopok, tak ada kopok cam tak sah jer makan rojak betik :)

    ReplyDelete
  5. info tentang khasiat betik di SIHAT SELALU - Khasiat Betik

    ReplyDelete
  6. armouris >> thanks ya share link tu.. banyak khasiat betik kan..

    ReplyDelete