f Secubit Garam: Siakap Goreng 3 Rasa

N3 Terkini

Wednesday, August 4, 2010

Siakap Goreng 3 Rasa

Sebenarnya ni menu semalam tp bila dah dimasukkan 2 N3 rasa malas ler pulak nak masukkan N3 ni. Tu yg peram sampai ke hari ni. Alhamdulillah... semua dah licin, anak2 suka sgt dgn rasa lauk 3 rasa ni. Sedap!! Resipi asal ialah Siakap Stim 3 Rasa oleh Chef Norzailina tp smlm masuk opis lewat dan nak cepat siap, tukar kaedah stim kepada goreng. Tak kisah la stim ke goreng ke, tetap maintain sedap! Lauk ni mmg mabeles kalau dibuat dlm bulan puasa nanti.. Try la..

Resipi ni pernah diambil kat rumah Ummi Kuantan, so mintak izin sekali lg la Ummi dan Chef Norzailina ya nak letak sekali lg  kat sini ni. TQ

SIAKAP STIM 3 RASA by Norzailina Nordin
sumber: Ummi Kuantan

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya
Bahan Cincang Halus:-

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-

1/2 kuntum bunga kantan ~ tak ada stok, ganti dgn 2 btg serai (hiris nipis)
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos:-

2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum ~ tak ada stok, ganti dgn sos ikan
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis



Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.


## K.Nor skip bab mengukus tu sbb kali ni K.Nor buat versi goreng. Jadi lumurkan garam dan serbuk kunyit jer pada ikan dan goreng hingga masak/garing.

5 comments:

  1. kak nor..kagum betul la tengok kak nor punya presentation nih..slalu tengok kk nor buat carrot corak2 cam tu..hari tu bentuk love..ada cetak ke kak nor ukir sendiri..kagum anugerah seni Allah berikan..

    ReplyDelete
  2. nak buat jugak..minggu ni rasa-rasa ikan jer la jawabnya rumah Sally ni..semalam dah mkn siakap stim. en.suami dpt 2kg punya ikan 3 ekor.. sekor dah bagi org dah..kalau dekat dah pass suruh kak nor masak dah..hehhe

    ReplyDelete
  3. amboi kak, macam kat kedai makanan thailand lak...

    ReplyDelete
  4. wah kak nor...cm menu restoran laa...grand sgt!!!

    ReplyDelete
  5. izah >> k.nor guna vegie cutter jer, tak berseni pun tangan ni.. keras kejung jer .. nanti k.nor tayang cutter tu ok.. insyaallah

    sally >> bisa di atur :) try la sally, ikan dah ada tu.. sedap!!

    gerau >> sawadikha..... hihihihi

    eliyaezlinalias >> grand ke? biasa2 ajer tu.. :)

    ReplyDelete