f Secubit Garam: Apple Pie

N3 Terkini

Wednesday, August 18, 2010

Apple Pie


Satu lg show dr khazanah peti buruk yg mmg dah lama tak guna. Dulu2 guna photobucket ni masa nak upload gambar2 masakan bila nak post gambar kat forum MyR. Skrg ni dah jarang sgt guna bila dah ada blog. Ni 2nd time buat Apple Pie resipi CMG. Yg mula2 tu buat masa Along kat Jordan. Bila dia balik cuti masa tahun 2008, dia yg request nak makan Apple Pie. Bila K.Nor dah buat ni, dia tak caya lak yg si emak boleh buat Apple Pie yg sedap.. Puas hati si anak makan dan si emak lagi la puas hati kan.. Memang sedap Apple Pie CMG ni. Pada yg minat dgn Apple Pie, boleh la cuba resipi ni..Che Mat, mintak izin ya, nak share resipi tu kat sini.. Mekasih daun keladi :)


Masa shoot ni lupa nak keluarkan loyang tu.. hehe

APPLE PIE by Che Mat Gebu

Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )
6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
200 g gula pasir
50 g kismis
20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air

UNTUK DOH PIE :-
500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
200 g mentega
2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
250 g gula halus

Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba...............

9 comments:

  1. salam kak nor. sedapnya apple pie tu. pernah gak sekali buat guna resipi CMG, cuma tak done nak post je. Selamat berbuka puasa!!

    ReplyDelete
  2. jelin2 kat apple pie kak nor... jiya book satu poton tauuu!! hihi!

    ReplyDelete
  3. salam kak nur...cun apple pie kak nor,kalah kedai-brp rm 1 ni kak? :)

    ReplyDelete
  4. wah beshnyerrrrrrrr..kalau kiter suka garing
    sket

    ReplyDelete
  5. bErrY sTraWbErRy >> bukan macam aje, tp mmg best.. insyaallah..

    ain >> haa.. ain pernah buat ya.. mmg sedap kan :)

    jiya >> apa jelin2.. akak ingat nk bg 1/2 loyang tp jiya nak sepotong jer tak jadi la nak bagi :P

    del >> harga? haha.. tak sempat nak kira, dah lesap dipulun oleh anak2 :)

    imanja >> betul2 kalau garing sket lagi, lagi sedap kan :)

    ReplyDelete
  6. Kalo masa berbuka sure x pandang nih..sebab cari yg sejuk2 sket..tp masa moreh mesti x smpat nak pandang dah lesap..hehe

    ReplyDelete
  7. kreatifnya kak nor. yg dijual kat bakeri pun tak seindah nih..

    ReplyDelete
  8. sue >> kalau lesap tu sbb jiya yg rembat dulu hihihii

    eliza >> iyer ke.. tak ada la liza, biasa2 jer tu.. k.nor pun tak reti gak nak deco2 ni :)

    ReplyDelete