f Secubit Garam: Puding Blueberry

N3 Terkini

Friday, August 20, 2010

Puding Blueberry

Ha ha... arini menu Dayang aje nih.. Menu dessert utk berbuka smlm Puding Blueberry. Kebetulan semua bahan ada, terus aje buat. Mudah sgt2 buat puding ni tp kan.. Dayang kan... K.Nor dah derhaka kat resipi puding ni. Saja2 gatal tangan tambah yogurt blueberry yg duk bertapa dlm esbok. Dah dekat nak expired yogurt tu... dari monopose yogurt tu, K.Nor tawakkal aje la masukkan dlm adunan puding. Alhamdulillah.. tetap menjadi dan bertambah sedap la Dayang, bila ada rasa yogurt blueberry tu kat dlmnya. psst... K.Nor lebih kan sket sukatan air, sbb K.Nor ni lebih suka tekstur puding yg lembut2 manja gitu .. hehehe

Tq ya Dayang, nak share resipi tu kat sini ya.. Insyaallah ... lain kali boleh dibuat lagi..


Puding yg tak putih melepak cam Dayang punya sbb ditambah yogurt blueberry..
tp sedap!!


PUDING BLUEBERRY by Dayang Jack



Bahan-bahan :
10 g serbuk agar-agar cap Tiga Ros
1/3 cawan jus / inti bluberi
3/4 cawan gula pasir (-/+)
4 sb susu pekat manis
1 cawan air (250 ml) ~ k.nor lebihkan 200ml
2 cawan susu segar (500 ml)
1 sb mentega
2 sb tepung kastard + 2 sb air (dibancuhkan)

Cara-cara :
Satukan air bersama gula dan serbuk agar-agar. Didihkan hingga larut.
Masukkan susu segar dan susu pekat. Kacau sebati.
Masukkan bahan-bahan selebihnya dan kacau lagi hingga kelihatan pekat.
Tuangkan ke dalam bekas besesuaian dan sejukkan terlebih dahulu.
Hiaskan dgn topping blueberry atau fresh blueberries. Sedia untuk dinikmati.

7 comments:

  1. tergodanyaaaaa!!!! mesti sedap!

    ReplyDelete
  2. salam kak nor..nampak sedap n blh tak nak 3 ketui :)

    ReplyDelete
  3. jap2 nak ambik sudu... kas kas.. mana puding jiya ni. nak yg lep lep. :P

    ReplyDelete
  4. salam kak Nor,
    puding dikasi mentega sedap jg ya?
    mau dong... :)

    ReplyDelete
  5. hmmmmmmmmmmmmmmm mesti sejuk kt tekak ek mkn puding nih...

    ReplyDelete
  6. ain >> cepat benor tergoda ya.. lps ni gi godek ya.. :)

    del >> ampun del.. udah abis la :)

    mas >> sedap mas.. lemak2 berkrim dgn rasa masam2 manis.. fuhhh hehe

    jiya >> jiya lambat!! nanti amik yg akak post kejap lg ya.. ada yg lep2 utk jiya :)

    deetha >> sedap dee, ia jd lemak2 gitu

    lin >> mmg ler lin, dah makan sejuk2 yg keluar dr esbok mesti la sejuk hehe

    ReplyDelete