f Secubit Garam: Sambal Tempoyak

N3 Terkini

Monday, August 9, 2010

Sambal Tempoyak

Pagi tadi nampak Sambal Tempoyak ni kat dapur Ina@Hana, terus plan nak buat utk menu lunch. Semua bahan2 ada pastu partnerkan sambal tempoyak ni dgn Singgang Pedas Ikan.... fuh... sedap!!


Ina, mintak izin ya nak share resipi tu kat sini pulak.. Mekasih.. dan mekasih jugak buat tuan resipi asal Anis.


SAMBAL TEMPOYAK by Anis
sumber : Ina@Hana

Bahan-bahan:
10-15 biji cili api ~ dihiris dua
segenggam bilis halus ~ dicuci bersih dan ditoskan
3 biji bawang merah ~ dimayang
2-3 sudu besar tempoyak

Cara-cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan hirisan cili dan bawang merah yang dimayang. Kacau sebati hingga cili dan bawang tadi juga hampir garing.
Masukkan tempoyak dan kacau sebati.
Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas bersama ikan goreng dan ulam-ulaman.

*tempoyak ini memang telah sedia masin, masam, lemak dan manis, jadi tidak perlu tambah gula, garam dan perasa.


Ina, lupa la nak enterpreme petai kat ulam timun dan kacang tu.. :)

5 comments:

  1. wah kak nor, dah buat sambal tempoyak...tergugat iman mas tengok sambal tempoyak tu..sedapnya...nak kena buat juga ni...ha..ha..

    ReplyDelete
  2. kak nor...ada jugak la yang berasap tu nanti..sampai ada org tanya petai tu apa ek?hahaa..cantik tul kacang tu belit timun!!

    ReplyDelete
  3. jiya kan.. duk sjung ni baru reti makan tempoyak. hikhikhik!

    ReplyDelete
  4. nor..tempoyak..pembuka selera..waktu sahur ni..akak nak tambah sikit daun kunyit,nak bagi wangi ..

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak :)

    ReplyDelete