f Secubit Garam: KUETIAW GORENG MAMAK

N3 Terkini

Wednesday, August 15, 2012

KUETIAW GORENG MAMAK

ASSALAMUALAIKUM..


Selalunya org buat Mee Goreng Mamak kan.. Mee Goreng Mamak mmg kegemaran seisi keluarga. Asyik duk buat dgn mee jer, apa kata kita tukar sesekali kepada kuetiaw... Jadilah KUETIAW GORENG MAMAK.  Alhamdulillah.. sedap tau.. Mana2 penggemar kuetiaw, disyorkan ukt mencuba atau pengemar Mee Goreng Mamak pun boleh lah nak cuba sama.. Mudah2an kena dgn selera ya...


KUETIAW GORENG MAMAK

Bahan2:
1 bungkus kuetiaw
udang basah secukupnya
fishball/sotong ball ~ dipotong
2 ulas bawang putih ~ diketuk
2 - 3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah ~ diblend
2 ulas bawang putih ~ diblend
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj tomato ~ dihiris nipis
sedikit garam dan gula
2 bj telur
kobis ~ dihiris
minyak
timun batang
limau nipis/kasturi

Cara:
Panaskan minyak masak dan masukkan bawang putih yg diketuk. Goreng hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan kacau hingga garing.
Masukkan bahan yg diblend dan kacau goreng lagi hingga pecah minyak.
Masukkan udang, fishball/sotong ball dan tomato buah serta kicap pekat, kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Gula perlu dimasukkan utk bg balance rasa masin dr kicap2 dan sos tiram. (Hati2 bila masukkan garam, sbb dah banyak rasa masin dr kicap2 dan sos tiram td)
Goreng hingga pecah minyak pastu masukkan telur.
Kacau hingga telur masak dan masukkan kobis.
Kacau2 kejap baru la dimasukkan kuetiaw.
Kacau kuetiaw hingga sebati dgn rempah2. Biarkan masak seketika baru la dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan bersama hirisan timun dan jangan lupa perahkan limau nipis/kasturi bg menambahkan lagi keenakkan kuetiaw goreng ni.

* boleh gantikan udang dgn daging atau ayam.
** boleh letak ubi kentang dan tauhu yg dipotong dan digoreng hingga garing.


7 comments:

  1. Assalammualaikum kak :)

    adeh,xtahan tgk

    ReplyDelete
  2. Wah.. sedapnya hulurlah sepinggan buat berbuka kak nor :D

    Ini mamak tengok mesti menangis.. kalah mamak punya kuetiaw gorang.. menggoda betul...

    ReplyDelete
  3. Teringin nak rasa. Nok makang le ni jugok!

    ReplyDelete
  4. *GULP*.. TELAN AIR LIUR....SEDAPNYE KAK....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..

    pia >> w'salam.. pejam mata :)

    nur hayati >> mamak sengih jer kut :)

    phong hong >> kena buat la ya..

    wani >> jgn telan banyak2.. kang makruh lak :)

    ReplyDelete
  6. nak buat kuetiau la harini...

    selamat hari raya nor.

    ReplyDelete
  7. ibundo >> jgn lupa utk nor sepiring ya k.pah hehe

    slmt hari raya gak buat k.pah sekeluarga :)

    ReplyDelete