f Secubit Garam: PEMENANGNYA ADALAH...

Saturday, August 4, 2012

PEMENANGNYA ADALAH...

ASSALAMUALAIKUM..

Ada yg dup dap dup dap ya.. (saja buat gimik sket kat fb smlm, ada yg bermimpi tak beraya dgn set Corningware ni hehe) Biasalah kalau dah join mana2 contest mesti rasa dup dap dup dap kan, excited nak tau keputusan tambah lagi kalau hadiah yg ditawarkan agak lumayan. Mana tak lumayan, set Corningware yg berharga RM429 dan nak join bukannya susah, snap gambar mengikut kehendak penaja dan ikut terma dan syarat spt yg diperlukan pastu tag K.Nor kat fb. ermmm.. ke ada yg tak tau citer tentang peraduan 'Detik Saya Bersama Sunlight' ni? K.Nor dah pernah buat entri sebelum ni dan share kat fb dan dah ulang2 dgn post mengingatkan peraduan ni yg bakal tamat. Mana2 yg terlepas tu, sori la ya.. Tak leh nak join dah sbb result pun dah ada ditangan K.Nor.. ehhhh.. dah ada dlm email K.Nor yg dihantar smlm oleh pihak Sunlight.


Seramai 9 org peserta telah join peraduan 'Detik Saya Bersama Sunlight' ni bermula dr hari K.Nor post entri kat sini hinggalah tarikh tutupnya 29 Julai (pkl 11.59mlm). Mereka terdiri dari Tunku Nora, K.Haslina Harun (K.Ina KL), Marinie Zawawi, Ninaz Syafinaz, Nadz Nazharzan, Lyla Marzuki, Zalieda Zaliedana, Sally Rashid dan Hani Norsini (ada yg K.Nor terlepas pandang tak? harap2 tak ada ya.. ). Mekasih K.Nor ucapkan pd semua yg join ya.. Macam2 gaya gambar yg dihantarkan, semuanya 'bermain2' dgn sunlight hehe .. Seronok pulak tengok gambar2 tu. Bagi yg frens dgn K.Nor pasti boleh tengok gambar2 tu kat wall K.Nor. 

Okay lah.. tak mau lengah2kan masa, meh nak umumkan pemenang bagi peraduan 'Detik Saya Bersama Sunlight'  . eehhhh... sebelum tu, K.Nor nak bg tau, pemilihan pemenang dibuat oleh pihak penaja. K.Nor TAK terlibat sedikit pun sbb tak nak bias dlm hal ni. Keputusan juga adalah muktamad, diharap semua dapat menerimanya dgn hati yg terbuka.. Kepada yg tak berjaya tu, jgn sedih2.. anggap jer tak ada rezeki kali ni. Mana tau satu hari nanti ada lagi pihak lain yg sudi menaja K.Nor (SecubitGaram utamanya) utk membuat lagi contest spt ni (hopefully hadiah lg lumayan kan.. hehe ... tp yg tak bestnyer tuan rumah tak leh nak join dan rebut hadiah tu huhu..) Lagipun, kalah menang mmg dah adat pertandingan.. ^__^

Apa kata K.Nor tayang dulu gambar yg telah dipilih sebagai pemenang oleh pihak penaja.. Jom tengok...

.
.
.
.
.
.

Photo: Detik saya bersama Sunlight
Tuan empunya gambar, mintak izin ya, K.Nor copy gambar kat fb ^__^
Dan org yg bertuah memenangi Set Corningware tu adalah SALLY RASHID !! TAHNIAH SALLY.. Beraya sakan tahun ni ya, dpt set corningware.. pasti seronok tak terkata tu :) Lepas ni jgn lupa inbox K.Nor bagi tau alamat dan no hp (ni permintaan dr pihak penaja, kalau tak nak bg tak per, K.Nor bg alamat K.Nor, biar dia org poskan ke K.Nor.. ehh alamat K.Nor dah ada pd dia org.. hehe..). Diharapkan hadiah ni akan tiba ke tangan Sally sebelum raya so bolehlah guna time raya atau time buat rumah terbuka.. Jangan lupa jemput K.Nor ya.. hehe

Utk buktikan yg pemenang bg peraduan ni dipilih oleh pihak penaja sila lihat email di bawah ya.. :)

Klik gambar utk paparan lebih jelas
Sama kan dgn gambar yg kat atas tu? ^__^

Okay.. kepada yg berjaya sekali lg diucapkan tahniah dan kepada yg tak bernasib baik tu, mekasih sudi join dan cuba lagi di lain waktu.. Semoga mereka yg lain2 pulak berhasib baik... insyaallah...

Tak lupa terima kasih kepada pihak penaja terutamanya Era Natasha yg menjadi penghubung di antara K.Nor dan pihak Sunlight bg peraduan 'Detik Saya Bersama Sunlight' dan juga bagi stok setahun Sunlight yg telah K.Nor terima tempohari. Semoga murah lagi rezeki K.Nor selepas ni, kut2 ada pihak lain nak menaja barangan lain pulak kannnnnnnnn hehe...