f Secubit Garam: KERABU IKAN TONGKOL

N3 Terkini

Wednesday, August 15, 2012

KERABU IKAN TONGKOL

ASSALAMUALAIKUM..

Quick update ya..

Dah lama buat kerabu ni, tak ingat bila... rasanya sebelum Ramadhan kut .. Terlupa nak buat entri.. Bila duk belek gambar2 dlm folder ternampak gambar ni yg dah siap edit. So masukkan ajer la kan, boleh gak dijadikan idea utk masak petang ni atau esok kan.. lagipun nak cepat ni. Dah ada gambar yg siap edit lg cepat siap buat entri :)



KERABU IKAN TONGKOL 
by Watierman MyR
sumber : Yani Deco Choco
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
secubit garam ikut selera anda
air perahan limau kasturi/ limau nipis
sedikit gula
kacang botol ~ dihiris nipis (k.nor tambah)
tomato ~ buang empulur dan biji, dan hiris panjang (k.nor tambah)
2 sudu sos ikan ~ (k.nor tambah)

Cara-cara
Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawang besar, cili merah dan cili api
Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!


5 comments:

  1. Assalam kak nor, kerabu mcm ni memang menjadi pembuka selera ni, sedap dan rasa terliur pulak, tapi ikan tongkol tak ada stok la pula, la ni dok clear peti ais je..telan air liur je lah.

    ReplyDelete
  2. semalam pun mieza wat kabu..kabu daun selom dengan ikan salmon..kegemaran encik husband :)

    ReplyDelete
  3. suka sangat kerabu ni...
    sedappp

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...

    liza >> w'salam..

    betul tu.. mmg pembuka selera. bg k.nor kalau makan kerabu ni dgn nasi putih aje pun dah cukup sedap :)

    mieza >> wahh ikan salmon pun buat kerabu gak ya.. :)

    abbot >> pejam mata, boleh gitu? :)

    mas >> k.nor tau mmg mmg suka kerabu ni kan :)

    ReplyDelete