f Secubit Garam: KARI AYAM bersama sekutu kuat, KAILAN IKAN MASIN

Monday, August 6, 2012

KARI AYAM bersama sekutu kuat, KAILAN IKAN MASIN

ASSALAMUALAIKUM..

Kat rumah ni, kalau masak Kari Ayam, mmg sentiasa digandingkan dgn Kailan Ikan Masin. Kedua lauk ni mmg tak leh dipisahkan. Pastu kena ada Sambal Belacan, ermmm... lagi la terangkat time makan nasi tu.. Seronok tengok hero sulung makan nasi time berbuka smlm, mmg berselera sungguh.. menu pebret dia ni.. hehe


KARI AYAM
resipi  : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong
2 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1in halia * ~    * (diblend)
3 sudu besar serbuk rempah kari ayam
2 biji ubi kentang ~ dipotong
3/4 cawan santan pekat
3 cawan air
air asam jawa
garam
gula
2 tangkai daun kari

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend.
Masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air dan daun kari, tumis hingga pecah minyak (utk menghasilkan tumisan yg pecah minyak dgn elok bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air)
Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang, masak lebih kurang 10 minit.
Masukkan  air dan biarkan mendidih.
Masukkan pula santan dan renih hingga kuah mendidih (kuah hendaklah dikacau sekejap2 supaya tidak naik kepala)
Bila kuah mendidih, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Masak hingga kepekatan kuah yg disukai.
Sedap dimakan dgn nasi putih dan juga roti jala.

* sekiranya kuah kari tidak pecah minyak walau dah dimasak lama, masukkan 1/2 - 3/4 cawan air panas dan renihkan lagi kuah tadi (jgn lupa letak penutup periuk tp jgn tutup keseluruhan periuk ya.. senggeng/sengetkan sedikit). insyaallah kuah tadi akan pecah minyak dgn elok.






KAILAN IKAN MASIN
resipi : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2:
3 - 4 pokok kailan ~ saiz sederhana
sedikit ikan masin ~ k.nor guna ikan talang masin
3 ulas bawang putih ~ dicincang
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit gula
sedikit air
serbuk lada sulah
minyak


Cara:
Kerat kailan yg dah dicuci, asingkan batang dgn daunnya (bahagian batang hendak lah dihiris nipis)
Potongkan kecil ikan masin (rendam seketika utk hilangkan masinnya).
Panaskan minyak dan masukkan ikan masin. Tekan dgn belakang sudip supaya ikan hancur.
Masukkan bawang putih dan tumis hingga kekuningan.
Masukkan sos tiram dan minyak bijan.
Masukkan batang kailan dan goreng seketika.
Masukkan sedikit air dan kacau. 
Kemudian masukkan sedikit gula (utk imbangkan rasa masin dr ikan masin dan sos tiram) dan daun kailan.
Kacau dan goreng sekejap (jgn terlalu lama). Bila daun dah nampak berubah warna, angkat dan letakkan ke  dlm pinggan.
Taburkan lada sulah ke atas kailan tadi dan bolehlah dihidangkan.

* boleh juga jika nak guna ikan tenggiri masin yg dlm botol.
* jika suka boleh juga letakkan sedikit sos ikan/nampla.