ASSALAMUALAIKUM..
Kalau buat Kari Ayam, insyaallah akan dibuat Roti Jala. Kadang2 tu bila terasa nak makan roti jala, masak jer la Kari Ayam utk dijadikan menu lunch. Senang kerja kan.. Sambil2 masak lauk kari ayam tu, kita menjala la.. Bukan susah sgt nak menjala ni, biasanya org dulu2 guna acu roti jala yg dibuat dr tembaga yg bermuncung 3 tu. Ada yg jenis muncung/lubang nya tu duk kat bawah dan ada yg duk kat tepi. K.Nor tak suka guna lubang yg duk kat bawah, mmg berkecah la dapur dgn batter/adunannya tu. K.Nor lebih suka guna acu roti jala yg lubang duk tepi, mudah digunakan dan dapur pun tak bersih sket.
Tapi sejak diperkenalkan oleh Hani (Hanisah Ogawa atau nama glamer kat myr Ringo) cara menjala yg sangat mudah dgn menggunakan botol mayonis 3 muncung, K.Nor dah tak guna lagi acu roti jala. Memang kerja menjala menjadi sangat mudah dan dapur pun tak berkecah sikit pun. Hasil roti jala pun sangat cantik (perasan sorang2 kan hehe), kita boleh main dgn pelbagai warna tp dgn syarat, kalau nak main dgn lebih dr 1 warna kena la botol pun ada lebih dr 1 terutamanya jika nak buat stail tikar mengkuang yg guna 2 atau lebih dr 1 warna. ermmm berbelit tak ayat? Harap faham la kan.. Proses menjala pun kejap jer siap. Buat satu adunan tu mmg tak makan masa yg lama nak sudahkan, tu yg tambah seronok menjala.
Ok lah.. jom semak resipi Roti Jala yg K.Nor buat semalam. Kaler yg digunakan, diinspirasi dr court badminton Sukan Olimpik di UK hehe.. Kebetulan masa nak membancuh adunan roti jala, K.Nor terpandang kat tv (masa tu Along duk tengok perlawanan badminton, kalau tak silap acara beregu), cum pulak kaler pink terang dgn hijau tu.. Terus dtg idea nak guna combination kalar pink dgn hijau padahal mula2 tu dah plan nak guna kaler oren dgn hijau .. hehe penangan Sukan Olimpik la ni kut.. ^__^
![]() |
| Jgn lupa Kari Ayam ya.. :) |
ROTI JALA
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/full cream
1 cawan air
1 biji telur ~ k.nor guna gred A
1/2 sudu kecil garam
pewarna yg disukai
Cara:
Bancuh tepung bersama susu segar, air, telur dan garam kemudian ditapis.
Bahagikan kepada berapa bahagian mengikut berapa warna yg nak digunakan.
Masukkan pewarna dan kacau hingga sebati.
Rehatkan adunan lebih kurang 5 - 10 min.
Masukkan adunan ke dalam acu roti jala atau botol mayonis 3 muncung.
Panaskan non stick frying pan dan tebar adunan ke atasnya.
Bila roti jala dah masak, angkat dan gulung atau lipat mengikut citarasa masing2.
Ulang hingga habis adunan.
* seeloknya adunan/batter dikacau dgn menggunakan handwisk supaya lebih cepat sebati dan tidak berketul.
** k.nor lebih suka terbalikkan roti jala yg dah masak sebelum digulung. dgn cara ni, permukaan atas roti jala lebih cantik.
*** selain dr menggunakan susu segar boleh juga diguna santan.


Assalammualaikum kak
ReplyDeletemane ade perasan,gojes sungguh jalaan akak ni,yg penting ade fink kesukaan pia ;)
kak nor; mana nk cari acuan roti jala yg bermuncung 3 tu?
ReplyDeleteBoleh didapati di mana2 kedai Daiso :)
DeleteRoti jala tu comel lote. Ada kaler-kaler gitu. Sedap sunggoh colek dengan kari.
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletepia >> peminat fink ek :)
ameris >> cuba order dgn mimi ya.. http://qasehmu-abadi.blogspot.com/2011/06/botol-muncung-3-untuk-roti-jala-for.html
phong hong >> mmg sedap :)
Alaa..bestnya tgk roti jala kak nor..bercolour2..hehehe
ReplyDeleteRoti jala bersama kari ayam my most fav! Rasa nak menjala gak malam ni...tapi makan ngan kari mackerel tin. Hehehe :)
ReplyDeleteKak Nor...nak roti jala pink tuuuu... ;)
ReplyDeleteSalam, Kak Nor, nampak gebu betul roti jala tu. Kita tengah berangan nak buat ni gara2 nak menghabiskan kari daging. Menu bersusun, buatnya entah bila.. hehe.
ReplyDeletemanarik roti jala tu berwarna warni... selama ni nampak yg warna kuning je...
ReplyDeletehttp://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/tips-mudah-jaga-kesihatan-01.html
kak nor...
ReplyDeletemas dah bawa pinggan nieee...
gi ambik kat dapo yerk...kikikiki
kak nor..
ReplyDeletesaya tak pernah tengok botol mayonis 3 muncung. Boleh tak kakak snap gambar ltk dlm blog?
teratai >> k.nor dh pernah letak kat blog, cuba check kat entri ni http://www.secubitgaramnor67.com/2010/07/roti-jala-kaler-maler.html
ReplyDeleteboleh dptkan di daiso gak. kalau tak jumpa boleh order online through http://qasehmu-abadi.blogspot.com/2011/06/botol-muncung-3-untuk-roti-jala-for.html
ReplyDelete