f Secubit Garam: TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM

N3 Terkini

Tuesday, August 7, 2012

TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM

ASSALAMUALAIKUM...

Dah 3 entri hari ni.. (entri berjadual jer ni, sekali harung buat 3 entri terus utk hari ni.. ) ermmm.. kena short2 talk jer la ya.. Banyak lg kerja duk menunggu nuh..


TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM.. menu yg sangat membuka selera terutamanya di bulan puasa ni. Boleh gunakan ikan bagi menggantikan terung, rasanya maintain sedap... insyaallah.. Tengok kat SINI jika nak buat versi guna ikan bg yg tak makan terung atau saja2 nak menerai guna ikan...  Part ikan tu, terpulang lah nak guna ikan tongkol ke, tenggiri ke, ikan siakap pun boleh.. KITA YG BUAT DIA... kannnnn ^___^


Jom semak resipi...

TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 btg terung panjang
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
2 btg serai ~ dihiris serong
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar pes tomyam
1/2 sudu kecil gula
daun ketumbar
1/4 cawan air
minyak

Cara:
Terung dibelah dan dipotong 2.
Gril terung menggunakan frying pan yg dah dipanaskan hingga lembut. Letakkan ke dalam pinggan.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serai dan goreng lagi hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan goreng hingga sedikit garing dan masukkan pes tomyam.
Kacau goreng dan biarkan seketika dan masukkan gula dan air.
Masak hingga kering sedikit dan padamkan api.
Maukkan daun ketumbar yg dihiris dan kacau rata.
Tuangkan ke atas terung yg dah digril tadi dan sedia utk dihidangkan panas2 bersama nasi putih.

5 comments:

  1. masakan sihat tu.... sambalnya mengancam!

    ReplyDelete
  2. Siap dah kak nor masak..sue still kat opis lg ni..Pala duk ligat cari ieda nak masak apa ni..
    Kalau dekat, buat tak malu ja tumpang mkn rumah kak nor..kikikiiii

    ReplyDelete
  3. suker terung...tp bila tgk sambal dia tu lgi la terguda...

    ReplyDelete
  4. Dpt mas bygkn akan kesedapan terung ituw.....suka terung n masaklh mcm mana gaya psti tekak ni selera je sbb terung tu best! Heee....

    ReplyDelete
  5. kecur air liur..nanti saya buat ek kak nor hehe

    ReplyDelete