ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah.. tiada ungkapan yg lebih baik dr bersyukur pada Allah, segala puji2an buat Nya yg mengizinkan diri ini kembali mengetuk kibod utk memulakan kembali perjalanan sebagai seorang blogger picisan setelah 5 hari menyepikan diri tanpa sebarang kabar berita utk pengunjung SecubitGaram. Tapi bg mereka yg 'berkawan' dgn K.Nor kat fb, insyaallah dah tau penyebab K.Nor menyepikan diri sejak 5 hari lepas. Bagi yg tak tau mungkin tertanya2 gak kan, tiba2 jer SecubitGaram sepi tanpa entri masakan terbaru utk bulan Ramadhan sedangkan sebelum ni begitu rancak sekali, 2 - 3 entri setiap hari..
Sebenarnya pada Rabu 8 Ogos baru2 ni, ayah K.Nor telah dijemput mengadap Ilahi selepas Zuhur (lebih kurang pkl 1.45ptg). Tengahari tu, K.Nor dikejutkan dgn berita yg arwah tenat, terus jer K.Nor tempah tiket flight utk ke KL. Tiba2 tak sampai 1 jam, sister call lagi beritau yg ayah dah pun menghembuskan nafasnya yg terakhir , tak lama selepas azan Zuhur. Sesungguhnya dr Dia kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan... Arwah meninggal pada usia 82 tahun, setelah berbelas tahun terlantar akibat penyakit rheumatoid arthritis (RA) dan sakit tua. Sesungguhnya maut itu pemutus segala kesakitan yg ditanggung..
K.Nor hanya sempat maklumkan hal ni kat fb kerana keadaan agak kelam kabut sket masa tu. Mana nak fikir anak2 yg kat asrama, mana nak fikir tentang keadaan sister kat Puchong, dah la kurang sihat, dia pulak masa tu sorang2 kat rumah bersama arwah ayah.. Memang hiba sangat masa tu..
Apapun semuanya telah selamat dan dipermudahkan oleh Allah. Dengan keberkatan bulan Ramadhan yg mulia, pengurusan memandikan, mengkafan, menyembahyang serta pengkebumian jenazah di tanah perkuburan di tepi sebuah surau, berhampiran dgn rumah sister K.Nor di Puchong Putra Perdana telah berjalan dgn cukup lancar.. Jenazah selamat dikebumikan lebih kurang pukul 10.30 mlm. Syukur pada Allah, jenazah dipercepatkan pengkebumiannya walaupun adik beradik K.Nor yg berada di K.Trg tak dpt menatap wajah arwah utk kali terakhir. Itu adalah yg terbaik kan, disegerakan pengkebumian bg jenazah.. Alhamdulillah..
K.Nor mengambil kesempatan ni mengucapkan Jazakallah Khairan Kathira kepada semua yg telah mengutuskan salam takziah, menghadiahkan fatihah serta mendoakan yg baik2 buat arwah ayah K.Nor di fb juga melalui sms.... semoga Allah juga yg menbalas segala budi baik kalian semua..
Insyaallah. blog akan cuba diupdate pagi esok.. setelah mood merudum dan kekakuan jari jemari nak mengarang entri beberapa hari sebelum ni...

Salam takziah...
ReplyDeleteTakziah yea kak....Al-fatihah utk arwah ayah kak nor...
ReplyDeleteSalam takziah buat Nor n keluarga... semuga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al-fatihah buat Arwah
ReplyDeleteSalam takziah dari saya sekeluarga, janji Allah memang pasti, AlFatihah kita sedekahkan, moga rohnya tenang bersama mereka yang beriman.
ReplyDeleteAl- Fatihah utk arwah.
ReplyDeleteAssalammualaikum Kak Nor,
ReplyDeletetakziah dr shida... dh nmpk dekat FB, tp x smpt nk comment, disebabkan kekakngan masa.
ape2 pun smga arwah ditempatkan bersama org yg beriman... Amin
Alfatihah
takziah dan alfatihah kak nor.
ReplyDeletesemoga tabah.
salam takziah dari saya buat kak nor sekeluarga... Al-Fatihah buat arwah ayah kak nor... memang tak dengar berita sebelum ni sebab sy jarang sangat on fb... kalau on fb bimbang ralit pulak melayan fb sedangkan kita tengah bekerja.. apa2pun.. semoga kak nor tabah dengan pemergian ayah tercinta.. nasib kita serupalah kak.. arwah ayah saya pun meninggal dalam bulan ramadan juga.. tinggal 4 hari lagi nak raya... memang hiba rasanya... alhamdulillah.. pengkebumian disegerakan sejurus selepas habis bersolat tarawih..
ReplyDeletesalam takziah buat kak nor sekeluarga..sesungguhnya Allah lebih menyayanginya...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 soleh ..amin..
ReplyDeleteKak Nor,
ReplyDeleteAl-fatihah buat arwah ayah kak nor. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..Insyallah.
Salam takziah..semoga roh arwah ditempatkan bersama org yg soleh & beriman..amin.
ReplyDeleteTakziah Kak Nor... moga rohnya aman bertemu dengan-Nya.
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeleteamin.. amin..
jazakallahu khairan khatira buat eynda, che mat, k.rose, emma, sue, shida, ameris, ratna, ummi echah, ummisara, zamza dan amie..
salam takziah buat Kak Nor sekeluarga
ReplyDeleteSalam. Takziah utk Kak Nor dan keluarga. Moga roh arwah ayah Kak Nor ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Amin. Al-fatihah.
ReplyDeleteAlfatihah buat ayah kak nor
ReplyDelete