f Secubit Garam: KUIH JONGKONG MANGKUK

N3 Terkini

Wednesday, August 1, 2012

KUIH JONGKONG MANGKUK

ASSALAMUALAIKUM..

Pertama kali buat Kuih Jongkong, dan pertama kali merasa Kuih Jongkong. Kalau ikutkan Kuih Jongkong ni versi yg dipermodenkan, kalau yg ori tu, dibungkus dlm daun pisang. Dan diberi wajah yg lebih cantik lg bila diberi tambahan warna. Tak kisah la kan, skrg ni banyak kuih2 yg dah dipermodenkan, spt Kuih Tepung Pelita pun dah tak ori mcm dulu, juga diletak dlm cup. Memang memudahkan kaedah ni tp biasalah, yg versi baru mana nak sama dgn yg ori. Yg ori sememangnya ada kelas dia tersendiri. Dari segi wangi bau daun pisang yg dibungkus atau dibuat bekas tu mmg tak dapat kita hasilkan bila kita guna cup atau bekas2 plastik. Tapi kalau nak cepat dan mudah, ok jer kalau kita guna bekas plastik atau cup kaca. Semuanya terpulang pd kerajinan masing2 atau juga kalau ada daun pisang boleh la buat kaedah lama tu ya..



Kuih Jongkong versi moden ni, resipi asalnya dr K.Fida MyR tp dah disebarkan virusnya oleh Mas Duniaku.  Dah terjangkit sama adalah CT Zaliedana dan jugak Nieza Finland. Kebetulan masa K.Nor buat semalam, HaSue pun ada buat sama.. kita tunggu entri dia nanti..

Rasa Kuih Jongkong ni seakan kuih Lompat Tikam gak. ehh.. ada gak rasa mcm kuih Tepung Pelita, cuma tak ada wangi daun pisang jer la.. K.Nor buat lain sket dr resipi K.Fida ni, tak ikut totally. Masa baca komen Quinie kat post Mas di fb, dia ada bagitau, kalau nak lebih sedap lagi, gula melaka tu dicampur dgn sedikit santan, supaya nanti gula melaka tu akan cair dan lebih sedap dimakan. Jadi K.Nor try la buat gitu.. alhamdulillah.. mmg sedap makan bila gula melaka (K.Nor guna gula nisan) cair dan mesra dgn santan pekat tu. Mekasih Q atas idea tu dan mekasih juga buat Mas yg menyebarkan virus kuih yg sedap ni.. Tak lupa juga mekasih buat K.Fida yg telah berkongsi resipi..




KUIH JONGKONG MANGKUK
resepi : Kak Fida@myresepi.com
sumber : Mas@Duniaku & K.Nor

Bahan :
24 mangkuk plastik 100ml

Untuk Lapisan Bawah :
gula melaka secukupnya dihiris2 halus atau gula merah ~ k.nor guna gula nisan dan campurkan dgn sedikit santan pekat

Adunan Hijau :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu - Mas guna tepung jagung ~ k.nor guna tepung ubi
5 cawan santan cair = ( 100 ml KARA + air )
1 sudu kecil pes pandan
1 sudu kecil air kapur

Adunan Kuning/Pink :
1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu - Mas guna tepung jagung ~ k.nor guna tepung ubi
5 cawan santan pekat = ( 400ml KARA + air )
2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning/pink

Cara :
Letakkan 1/2 sudu besar hirisan gula melaka @ gula merah kedalam mangkuk2 kecil dan ratakan.Ketepikan.
Campur kesemua bahan hijau,kacau sebati, tapis, kemudian masukkan kedalam periuk dan masak hingga hampir pekat dengan api yg kecil..sentiasa kacau hingga adunan pekat dan likat serta licin yerk atau berkilat dan boleh tuup api. Memang agak letih sikit nak mengacau sebab mengambil masa lama.
Tuang adunan hijau tadi ke dalam mangkuk yang berisi hirisan gula melaka dan kukus hingga gula mencair dalam 8 minit.
Sementara itu, campur pula adunan kuning,tapis dan masak hingga hampir pekat, sama seperti adunan hijau tadi dan matikan api.
Tuang adunan kuning ke atas lapisan hijau dan kukus lagi hingga kuih masak lebih kurang 15 min.
Keluarkan kuih jongkong dan hidangkan suam atau dingin.

7 comments:

  1. waaa... memang musim kuih jongkong la skrg ni... dah ramai yg buat.. sy lama dah ambik resepi dari ika bangkok dari tahun lepas kot.. tp tak terbuat juga.. kes nak rasa yg ori dlm daun pisang sudahnya tak buat2.. heheehe....

    ReplyDelete
  2. Asslmkum kak nor.
    Hari tu tgk nieza yg buat kot. Ni akak pulak. Huuu sedapnya. Tgk mcm senang ja. Boleh la try ni.

    ReplyDelete
  3. That looks very cute la kak! Very colourful :)

    How are you dear?

    ReplyDelete
  4. Salam kak selamat bepuasa...musim ye akk....pasti buat juga..sbb kita pun x pernah lg rasanya cam ne....pink lg..:-)

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan k.nor...
    bestnya nengok org buat kueh2 sedap nih.. bila ntah nak ada kudrat ni...

    ReplyDelete
  6. Sweet jer k nor letak kaler pink.hehe..sy buh kaler kuning je kak.lurus orgnya.haha...tah bila nak update tuh.esok kot.ngeee..

    ReplyDelete
  7. Alahai cun je tngk kuih jongkong akak ni, bila sebut namanya klakor pun ada..tapi bila tngk bahan2 mmng dah tau betapalah sedapnya..mcm nak buat je arini...menarik akak kalerkan mcm ni..sweet sangat2..

    ReplyDelete