f Secubit Garam: AIR BARLI

N3 Terkini

Thursday, August 2, 2012

AIR BARLI

ASSALAMUALAIKUM..

Minuman kegemaran Cik Abg dan si anak dara.. ehh.. K.Nor jguak! Kalau dulu mmg tak suka minum air barli tp sejak Tun share resipi Air Barli dia, dan K.Nor mencuba utk kali pertamanya, mmg terus jatuh cinta! Memang terbaik resipi Tun ni. Bila sebahagian barli yg dah direbus tu dikisar kemudian dicampurkan kembali  kedalam periuk rebusan, jus yg dihasilkan nanti sedikit pekat. Tak la air barli yg jernih dan cair semata2. 


Bagi penggemar air barli dan yg nak mencuba minum air barli, dipersilakan mencuba resipi Rabiatun ni. Insyaallah tak sia2 percubaan anda.. Lagi pun barli mempunyai kelebihan bila diminum/makan. Selain dr jusnya dapat menyejukkan badan, ia juga dapat meningkatkan kesihatan buah pinggang, membantu merendahkan kolesterol, melawaskan kencing, membantu sistem penghadaman dan mencegah penyakit kanser.

Jom kita minum Air Barli! opppss!! tunggu waktu berbuka dulu ya... ^__^

AIR BARLI
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 peket barli @ 3/4 cawan ~ k.nor buat 1/2 cawan jer
1 jug air
gula secukup rasa
ais
3 helai daun pandan ~ k.nor tambah

Cara-cara
Cuci barli hingga bersih. Toskan.
Masukkan dalam periuk bersama air dan rebus sehingga barli agak kembang.
Bila dah kembang dan lembut, ambil 1/3 dari biji barli tersebut dan blend hingga hancur.
Masukkan balik barli yang diblend ke dalam periuk tadi. Jika nak banyak boleh tambah air.
Masukkan gula secukup rasa. Masak sekali lagi hingga gula hancur. Boleh juga dimasukkan gula dahulu baru diblend.
Sejukkan sedikit, barulah dituang ke dalam gelas dan letak ais . Sedia diminum.

5 comments:

  1. Kak Nor. . Air barli la sedap. Klu mls mkn minum ja barli, kompem kenyang :)

    ReplyDelete
  2. wah.. nak cuba lah resepi nikak!! mesti terangkat nih.. =)

    ReplyDelete
  3. penghilang dahaga... penyejuk badan juga.. kannn

    ReplyDelete
  4. sama lak kita hari ni..masak air barli jugak..boleh sejuk2kan badan setelah seharian mengukis :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya air barli...memang bagus utk sejukkan badan ni:)

    ReplyDelete