f Secubit Garam: KERABU DAGING DGN MANGGA MUDA

N3 Terkini

Friday, August 3, 2012

KERABU DAGING DGN MANGGA MUDA

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam tengok Rabiatun tayang Kerabu Daging Dgn Mangga Muda. Dalam hati terdetik rasa pernah buat jer menu ni. Dah la show Tun tu menggoda selera, terus terasa nak buat. Bila baca komen Tun yg resipi akan dia updatekan bila ada yg bertanyakan resipi, K.Nor tak perasan lagi tp bila Tun update resipi kat blog dia, lorr rupanya tu resipi K.Nor sendiri. Punya lah tak ingat walhal resipi sendiri.  :)  Mekasih Tun, sudi cuba resipi ni ya... 


Kebetulan daging mmg dah ada dlm freezer, K.Nor cuma beli daun ketumbar jer masa ke pasar tani tghari smlm. Daun pudina dah tak ada, kebanyakkan barangan dah dipunggah naik lori, Ramai penjual pun dah balik.. Mana tak nya, masa tu dah pukul 1 :) Bila terlewat keluar, pastu singgah situ sini dulu mula la lewat sampai ke pasar tani. Tak per lah tak ada daun pudina pun, letak daun ketumbar aje pun dah cukup sedap. Memang sedap meratah Kerabu Daging Dgn Mangga Muda ni, dgn rasa masam2 pedas... best! Tak caya tanya Tun .. hehe

Jom semak resipi, kut2 ada yg teringin nak buat ^__^

KERABU DAGING DGN MANGGA MUDA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
350gm daging batang pinang
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar kicap

Cara:
Perap daging dgn kesemua bahan selama 1/2 - 1 jam.
Bakar /gril hingga masak (boleh juga dimasak atas frying pan), tp jgn terlalu kering.
Hiris daging nipis2 dgn kaedah melawan urat supaya daging tidak liat.
Ketepikan.


Bahan lain:
1/2 biji bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 batang serai ~ dihiris nipis
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris
1 biji mangga muda ~ disagat halus
1 sudu besar cili serbuk kasar
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 biji limau nipis ~ diambil airnya
daun pudina ~ dicarik2kan
daun ketumbar ~ dihiris

Cara
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul.
Masukkan pula daging yg dah dihiris tadi dan gaul lagi hingga sebati.
Perapkan seketika baru lah dihidangkan.

* K.Nor tak letak garam sbb dah ada rasa masin dari sos ikan dan daging juga telah diperap dgn garam sebelum dibakar.



Menu gandingan Kerabu Daging Dgn Mangga Muda, SAYUR LEMAK KOBIS DGN JEJARI KETAM.
Resipi tk payah la kan, sbb ramai dah tau cara masak lemak nih, cuma tambahkan jejari ketam jer dlm tu ... :)

8 comments:

  1. Fuhhh! sangatlah menyelerakan..
    2 2 my peberet tu :D

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum akak :)

    waduh,menu pembuka selera,tp kak pia mmg xblh xtahan rase daun ketumbar

    kuat sgt bagi pia

    ReplyDelete
  3. salam K.Nor..umah atie semlm buat kerabu mangga gak...tp xdak isi daging:D

    ReplyDelete
  4. ades....kita tengok ni pun dah rasa terliur =,-

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak Nor!!! confirm buat! huhu

    ReplyDelete
  6. smlm pun teringin betul bila nampak kak tun tyang kat blog.. insyaaAllah nak try jugak kerabu nih.. mmg best kalu dpt dging fresh, ritu punyaa dging rbus da aabis buat goreng cili padi :-)

    ReplyDelete
  7. mengancam btl nie, xpernah try ag kerabu daging

    ReplyDelete