f Secubit Garam: ROTI JALA BERINTI DAGING

N3 Terkini

Tuesday, August 7, 2012

ROTI JALA BERINTI DAGING

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama plan nak buat roti jala yg ada inti nih.. Duk KIV manjang, akhirnya bila smlm ehh.. bila 2 hari lepas K.Nor buat Roti Jala (buatnya 2 hari lepas dan baru post ke blog smlm ya.. ) dan dimakan bersama Kari Ayam, K.Nor buat sebahagian dr adunan tu dan isikan inti daging sebelum menggulungnya. Alhamdulillah.. sangat sedap, kalau cicah dgn kuah Kari Ayam, laaagi la sedap! Inti ni boleh kita pelbagaikan, nak guna isi ayam pun boleh.. Terpulang pada citarasa masing2.. 


Utk menghasilkan roti jala yg tebal sket supaya nak menggulung nanti inti tak mencuri2 keluar perlu pekatkan sedikit adunan. Sebab tu K.Nor guna susu segar berbanding air biasa. Kalau guna santan pun ok. Kalau kita guna semua sekali air, adunan agak cair sket dan jala yg dihasilkan agak halus dan nipis. Kalau nak tambah sukatan tepung supaya lebih pekat pun boleh. Pandai2 la agak ya.. :)


ROTI JALA BERINTI DAGING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar/full cream
1 cawan air
1 biji telur ~ k.nor guna gred A
1/2 sudu kecil garam
inti daging secukupnya
pewarna yg disukai

Cara:
Bancuh tepung bersama susu segar, air, telur dan garam kemudian ditapis.
Bahagikan kepada berapa bahagian mengikut berapa warna yg nak digunakan.
Masukkan pewarna dan kacau hingga sebati.
Rehatkan adunan lebih kurang 5 - 10 min.
Masukkan adunan ke dalam acu roti jala atau botol mayonis 3 muncung.
Panaskan non stick frying pan dan tebar adunan ke atasnya.
Bila roti jala dah masak, angkat dan terbalikkan ke atas papan pencanai atau dulang.
Letakkan 1 sudu kecil inti daging dan gulung seperti menggulung roti jala kebiasaannya.
Buatlah sehingga habis.
Enak dimakan begitu saja atau dicicah dgn kuah kari.

* seeloknya adunan/batter dikacau dgn menggunakan handwisk supaya lebih cepat sebati dan tidak berketul.
** k.nor lebih suka terbalikkan roti jala yg dah masak sebelum digulung. dgn cara ni, permukaan atas roti jala lebih cantik.
*** selain dr menggunakan susu segar boleh juga diguna santan.


Sori lah, ni gambar lama yg diambil dgn hp. K.Nor buat inti ni sebelum Ramadhan lagi aritu .
Buat siap2 dan letakkan dlm freezer, time nak guna, senang jer sbb dah ada dlm freezer kan.. :)

INTI DAGING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 paket daging kisar~ k.nor guna ramly's brand
2 labu bawang besar ~ didadu kecil
2 biji kentang (saiz besar) ~ didadu kecil
2 - 3 sudu besar cii mesin
2 sudu besar rempah gulai ~ boleh guna rempah gulai kawah/kerutup
2 keping asam keping
1  cawan air
garam dan gula
minyak

Cara:
Basuh sedikit daging kisar dan toskan.
Panaskan minyak dan masukkan cili kisar.
Tumis hingga cili garing dan rempah yg dibancuh dgn sedikit air.
Biarkan hingga pecah minyak dan masukkan bawang besar, kentang dan daging kisar.
Goreng hingga daging mengeluarkan airnya.
Masukkan asam keping dan air. Kacau.
Renihkan dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila inti hampir kering, padamkan api.
Sejukkan dan bolehlah digunakan.

*Jangan biarkan inti terlalu kering, biar lembab2 sket sbb nanti bila inti dah sejuk ia akan lebih mengering.
** Inti daging ni boleh digunakan dlm pelbagai juadah lain spt karipap, pau, puff, bun roti, dadar berinti dan lain2 lagi.. 


9 comments:

  1. salam nor..minta izin ambil resepi ye akak macam rasa nka uat..suka,,kalau tak menjadi jala nya nanti akak lempengkan je..letak isi daging tu kan..mesti sedap

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum kak

    first time jumpe ni kak,teruja tgk

    pasti yum2 :)

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum..

    k.erna >> w'salam.. silakan kak.. slmt mencuba ya.. smoga menjadi :)

    pia >> w'salam.. hehe.. pengomen tegar akak nih.. cayang dia hehe

    mmg sedap pia, kalau cicah dgn kuah kari lg best.. kenyang makan dia jer tak perlu hadap nasi dah pun :)

    ReplyDelete
  4. salam kak nor. macam mana akak buat jala nya boleh jadi dua kaler mcm tu ya? Sbb guna acu jala 3 muncung tu ya.

    First time saya tgk roti jala berkaler2 mcm ni, selalu satu kaler je....menarik!

    ReplyDelete
  5. asslm Kak Nor...sedapnye...mesti sedap mkn roti jala brinti ni..nti nk cuba jugak la..tp pas2 raya nti..hehe

    ReplyDelete
  6. yus >> kat sini ada contoh k.nor buat dulu http://www.secubitgaramnor67.com/2010/07/roti-jala-kaler-maler.html

    dan pernah dah buat dgn pelbagai warna lagi http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/jom-menjala.html

    (ermm.. rasanya k.nor org mula2 yg bermain dgn roti jala kaler maler nih.. hehe)

    QH >> mmg sedap! try la ya..

    ReplyDelete
  7. uiii Kak Nor... rajinnya menjala warna-warni... lawa!

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum kak nor.....
    cantiknnnyaaaaaa dan meriah tengok roti jala tu kaler maler......mana lagi senang kak.guna acuan roti jala lama atau yang botol nie?

    ReplyDelete
  9. liza >> w'salam..

    kalau nak main kaler2 atau dibuat stail tikar mengkuang spt ni, lebih mudah guna botol mayo dan dapur pun 'bersih' :)

    ReplyDelete