f Secubit Garam: ALMOND BISCOTTI

N3 Terkini

Thursday, August 30, 2012

ALMOND BISCOTTI

ASSALAMUALAIKUM...

Kukis review terakhir utk kali ni. Dah lama K.Nor mengidam nak buat biscotti. Bila tengok kat blog Gert yg mana Gert pernah tayang biscotti dulu org kata mmg duk terbayang jer nak buat. Pastu mula la congok2 dlm fikiran nak buat utk dijadikan kukis raya. Awal2 bulan puasa K.Nor dah pun beli almond utk menjalankan projek biscotti ni. Yer la, kena prepare awal2, kang dibuatnya almond kehabisan stok kat kedai, terlepas lak hajat nak menbiscotti kan..


Pastu bila tengok Nina Mirza tayang dia punya biscotti lagi la menggelodak jiwa nak menggodek tu kan. K.Nor biasanya buat kukis raya bila masuk minggu terakhir puasa, tu yg duk peram jer hajat nak membiscotti tu. Jadi bila mood mengukis dtg, biscotti ni la yg mula2 K.Nor buat. Mudah aje penyediaanya, cuma kena bakar sekali lagi doh yg dah siap dibakar dan dipotong tu. Tak la susah mana pun, cuma step jer lebih sket. Tapi tak jadi hal sbb hasilnya............ SANGAT2 SEDAP!! Memang syok abis melayan biscotti ni tambah lagi bila kita dip dlm air kopi panas!! perghhhhhhhh.. tak sedar berkeping2 masuk mulut ..


Tapi kan.. K.Nor tak dapat nak hidangkan Almond Biscotti ni pada tetamu pasa raya aritu sbb K.Nor potong biscotti ni ikut saiz yg dinyatakan. Dan hasilnya biscotti ni agak tebal sket utk dimakan begitu aje spt kukis raya yg lain. Kalau makan gitu aje mmg boleh patah gigi, so K.Nor sarankan kalau nak buat sbg kukis raya, kena slice nipis2 mcm yg Nina Mirza buat tu. Yg K.Nor buat ni, mmg tak leh ngap gitu aje, wajib kena dip dlm air kopi/teh panas (ni warning awal2 ya.. kang kalau patah gigi tu, K.Nor tak bertanggungjawab tau hehe) Sapa2 yg ada lebihan badam yg tak abis masa buat kukis raya baru2 ni, jom la try ALMOND BISCOTTI ni.. Tapi disyorkan jgn bakar sampai keras doh bagi pembakaran kali pertama tu ya, nanti payah nak slice. Dan kalau nak slice kena guna pisau bergerigi tau, utk mudahkan kerja slicing..

Lepas ni K.Nor nak mencuba lagi satu dua resipi biscotti sbb K.Nor pun dah jatuh chintaaaaaa dgn ini biscotti. Bukan K.Nor sorang jer suka tau, Cik Abg, Along, Naim dan Aisyah pun suka. Time sahur K.Nor cuma makan biscotti ni 2 - 3 keping bersama segelas air kopi panas.. memang best! Kalau tea time tu, dating dgn cik abe di beranda sambil ngap biscotti bersama se mug kopi panas.. fuhhhh... nyamannnnnnn ^__^


Mekasih Gert for sharing the recipe, Nor nak try gak versi letak mix fruit tu tp Nor nak letak dried cranberry plus other nuts kut.. Thanks again :)

ALMOND BISCOTTI
source : Gert@KitchenSnippets
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients:
2 cups of flour
1/4 tsp baking soda
1 cup sugar
1/8 tsp salt
2 eggs
1 tsp pure vanilla extract or ½ tsp almond extract
1 cup whole almonds - toasted
3/4 cup shelled pistacios ~ ni k.nor tambah

1. Preheat oven to 350 degrees F. Line a baking sheet with parchment paper.
2. Combined flour, salt and baking soda together. In your mixer whisk eggs and sugar until well combined. Add in flavoring.
3. Gradually add in the flour into the egg mixture until dough is form. Add in almonds and pistachios. With floured hands divide dough into half. On a lightly floured surface roll each half of dough into a log.
4. Transfer the logs to the prepared baking sheet, spacing the logs about 3 inches apart, and bake for 35-40 minutes, or until firm to the touch and lightly brown.
5. Remove from oven and let cool on a wire rack for about 10 minutes. Transfer logs to a cutting board and using a serrated knife slice log into 1/2 inch thick. Arrange evenly on baking sheet. Bake for 10 minutes, turn slices over, and bake another 10 minutes or until lightly brown and crispy. Remove from oven and let cool and store in an airtight container.


10 comments:

  1. wahhh..selama nih duk tengok2 jer sebab rasa mcm susah nak buat

    bila kak nor kata mudah..teruja pulak nak mencuba.

    ReplyDelete
  2. memang best ni kak! layan biscotti mmg nak kena cicah ngan minuman panas..baru ngam.. hee. sy dulu buat pun tak berjaya nak potong nipis2... nak kena try lagi but & potong nipis2.. mungkin ada pisau khas utk potong biscotti ni.. dulu guna pisau roti jer..

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak

    oh kacang pistachio ;)

    ReplyDelete
  4. Kak!..memang sedap pun. Tp sue beli ja..Hehehee..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Nor,
    sedapnya dapat sekeping 2 biscotti tebal gini cicah dengan kopi panassss...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..

    sally >> mmg tak susah mana pun, bancuh adunan hingga menjadi doh, pastu shapekan berbentuk bujur dan bakar. bakar sekadar masak jer jgn sampai garing/keras. sejukkan sket pastu slicekan nipis2 atau nak tebal utk dip dlm air kopi, terpulang..
    pastu susun atas tray dan bakar sekali lagi.. mudah jer kan :)

    ratna >> k.nor guna pisau roti gak yg bergerigi tajam tu. rasanya jgn bakar sampai garing/keras sgt baru mudah nak slice nipis

    pia >> w'salam.. peminat pistachio ya.. sama la :)

    sue >> alaa sue.. resipi dah ada ni.. mudah jer sue, yg lain2 yg rumit sue boleh buat, yg ni insyaallah lagi la mudah dan sue boleh buat.. try la

    amie >> w'salam.. mmg sgt2 sedap! :)

    afasz >> try la.. mudah dan sedap, insyaallah..

    ReplyDelete
  7. Salam kak nor..salam rinduuu. :-)
    amboii,menu dating yer kak..heheee.. Ditambah pistacios tu mesti makin sedap ek..
    Bila akak kata tekstur keras leh patah gg,agak ngeri tu..haha.kira sesuai la utk sarapan ek,kitorg ni mmg suka sekut cicah air nih.hee...insyaallah buleh cuba bila dtg rajin nanti.skrg krg sihat mlsnya nak godek kat dapur tu wpun almond byk lg.huhuuu

    ReplyDelete
  8. gerau >> kalau beli mmg lah mahal gerau, buat sendiri la baru jimat kos, dpt banyak.. :)

    sue >> w'salam sue! tak sihat ek.. banyak sgt makan lemang dan ketupat raya la tu.. :) smoga cpt sembuh ya..

    hehe.. mmg menu dating dgn cik abe.. sahur dating berdua, kalau tak puasa, bf atau tea time berduet gak! no jeles2 ya.. hehe

    mmg kena warning la sue, kang kalau ada gigi yg patah , k.nor tak mo bertanggungjawab ... so warning awal2.. tp kalau sue hiris nipis2 ok jer, insyaallah tak patah gg tu.. tp doc gg encem ada kan, boleh wat treatment dgn dia :)

    ReplyDelete