f Secubit Garam: ASAM PEDAS AYAM (resipi K.ANIM) & SOTONG GORENG BERKOBIS

N3 Terkini

Wednesday, August 1, 2012

ASAM PEDAS AYAM (resipi K.ANIM) & SOTONG GORENG BERKOBIS

ASSALAMUALAIKUM...

Karang2.. delete.. karang lagi.. delete lagi.. idea tak ada sbb mood pun terbang entah kemana.. Straight to the point la ya.. 


Menu berbuka semalam, ASAM PEDAS AYAM, resipi K.Anim. Memang sedap, kuahnya tu best dihirup gitu aje.. Wangi dgn bau daun kesum dan bunga kantan yg diblend sekali dgn bahan2 lain. Tapi ada sedikit penderhakaan yg K.Nor lakukan. K.Nor sangat2 suka asam pedas yg diletakkan halba (kes selalu guna resipi Asam Pedas Ayam, milik Ana Wahid la ni.. ). K.Nor tak letak serai tapi gantikan dgn halba. Alhamdulillah.. bertambah2 sedap ASAM PEDAS AYAM resipi K.Anim ni.. Sori ya K.Nim, Nor dah derhaka sket, jgn marah.. kang trafik tak tinggi hari ni :)


ASAM PEDAS (AYAM)
resipi : K.Aznim
sumber : K.Nor

Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia hitam.kalau guna ikan tenggiri ambil 1/2 ekor/1/2 ikan jenahak/ikan merah
20 tangkai cili kering*-didihkan sebentar angkat dan toskan ~ k.nor guna 1/2 ekor ayam
(cili kering akak kontot2 akak guna 25) ~ k.nor guna 2 sudu besar cili mesin
1 labu kecil bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 kuntum bunga kantan*
2 batang serai* ~ k.nor gantikan dgn 1 sudu kecil halba
sedikit daun kesum* semua bahan bertanda * di kisar
air asam jawa secukupnya
1 kiub ikan bilis ~ k.nor tak letak
garam secukup rasa
beberapa batang bendir
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam

Cara:

Ikan di bersihkan dan dilumur garam dan sedikit serbuk kunyit.Ketepikan
Panaskan minyak
Tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak
Pastikan cili betul2 masak masukkan sedikit ar asam jawa
Masukkan ikan yang sudah di makeup tadi.
Didihkan sebentar
Masukan garam dan kiub ikan bilis
Masukkan lebihan air asam jawa dan biarkan mendidih lagi.
Masukkan perencahnya kacang bendir/tomato/terung
Kecilkan api dan didihkan hingga masak.
Tabur sedikit serbuk lada hitam (lada hitam k.nor masukkan masa menumis)
Tutup api dan sedia untuk di hidang.



Menu sampingan yg digandingkan dgn Asam Pedas Ayam, SOTONG GORENG BERKOBIS. Utk sotong tu K.Nor gunakan kepala sotong kesemuanya sbb nak perabiskan stok kepala sotong yg duk bertapa dlm freezer. Badan sotong tu asalnya nak dibuat Ketupat Sotong tp projek tu tak menjadi. Boleh aje kalau nak guna bahagian badan sotong utk masak menu ni ya..


SOTONG GORENG BERKOBIS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 mangkuk sotong ~ k.nor guna bahagian kepala sotong
kobis secukupnya ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1cm halia ~ dipotong panjang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1/2 labu bawang besar ~ dihiris
1 biji cili merah dihiris serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
daun kucai ~ dipotong
sedikit garam dan gula
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia yg dah dihiris.
Tumis hingga wangi dan masukkan serbuk lada hitam dan sos tiram.
Kacau rata dan biarkan seketika.
Masukkan sotong dan kacau.
Biarkan air sotong kering sedikit dan masukkan kobis, bawang besar dan cili merah.
Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
Kacau dan masukkan daun kucai.
Kacau rata dan boleh lah diangkat dan dihidangkan.



5 comments:

  1. Asslmkum kak!
    Hahahaha. . Sama lah sue. Sudahnya x update langsung. Puasa, idea pun puasa gak. Hihihiii. . Time pose ni masak yg masam2 mcm ni sedap. Tp sue ratah ja la. Takut kak, x muat baju nanti ada yg pakai jubah mak ja raya nih. Kikikiii

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum kak

    oh asam pedas yg menawan, :)

    ReplyDelete
  3. rindunya nak masak asam pedasssss.... lama tak msk lauk sendiri sejak2 puasa ni sbb en. abg kerja shift mlm jd bila sy blk keje sampai rumah dia dah ketung ketang kat dapur.. nak tunggu wife dia blk msk utk berbuka haruslah berbuka dgn air dgn kuih je kang... nak buat cemanakan.. nasiblah rumah jauh dr opis.. huhu..

    ReplyDelete
  4. salam...

    sedapnya menu kat sini

    ReplyDelete
  5. Oh my lauk! Sedapnyer. Akak punya resepi menusuk kalbu ai. Harus cuba! :D *tumpang lalu*

    ReplyDelete