f Secubit Garam: HEAVENLY CHOCOLATE & OREO JELLY

N3 Terkini

Friday, August 3, 2012

HEAVENLY CHOCOLATE & OREO JELLY

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni tak ada show minuman ya.. Kita layan show dessert yg skrg tengah hot di pasaran alam maya.. K.Nor mmg dah plan nak buat masa mula2 AlongRoz tayang kat blog dia (kan K.Nor dan famili antu puding dan suka buat puding.. mesti la sentiasa nak cuba resipi2 puding kan.. hehe) Tapi dek sebab masa tu tengah sibuk dlm hal pindah rumah dan tambah lak masa tu tinggal berdua jer, jadi hajat nak buat puding Along ni terbantut gitu jer.. Bila Nina Mirza tayang puding ni hasil tangan dia.. perghhhh.. tergoda lagi.. Pastu Rima pulak buat dan tayang kat fb.. alahai.. betul2 menggoda jiwa raga dgn puding yg dibuat dlm bekas kecik2 tu.. Nak tak nak kena buat gak minggu ni, sbb tak leh tahan lagi dah.. hehe.. 


Smlm dua beradik tu balik dr asrama, K.Nor pun teruskan la projek memuding yg dah lama duk tertangguh ni. Semua bahan2 mmg dah ada, biskut oreo lagi la duk bertapa dlm gobok. Tapi seperti biasa, tak menderhaka tak sah... Bab milo tu K.Nor terpaksa gantikan dgn serbuk koko. Bukan saja2 nak derhaka tau Along, kat rumah Nor ni dah lama tak ada stok milo. Jadi Nor gantikan la dgn serbuk koko. (sbb tu la Nor tukar nama tajuk resipi kat atas tu.. ) Hasilnya tetap tak mengecewakan. sangat2 sedap! Memang tepat tajuk resipi yg Along bagi tu, mmg heaven makan puding ni. Tapi anak2 Nor kata, lain kali mak buat lagi dan kena lebihkan biskut oreo tu lagi, laaaaaaaaaaaaaaaagi la best :) Memang betul pun, time kita ngap puding ni, bila terkena part biskut tu yg terasa heaven nya.. hehe.. 

Mekasih Along sudi share resipi yg sangat mabeles ni. Insyaallah akan dibuat lagi dan lagi.. ^__^


 Shereen... TQ so much for the SM .. love it ! ^__^


HEAVENLY MILO/CHOCOLATE & OREO JELLY 
(AGAR-AGAR MILO/COKLAT LAPIS OREO)
By: AlongRoz@HomeKreation
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula ~ k.nor guna 140gm
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo ~ k.nor guna 3 sudu besar serbuk koko
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
- Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
- Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo/serbuk koko ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.


13 comments:

  1. Assalammualaikum kak

    ehehe,manis manis lagi tuan yg buat puding ni ;)

    pia pon dah lame xbeli "melo" hehe

    ReplyDelete
  2. As'salam kak Nor,

    wah wah wahhh ... Cantiknya!
    memang tak terkata kesedapannya tatkala menikmati Heavenly Oreo Pudding nie kannnn....

    Nina pun pasti akan buat lagi dan lagiiii~~~~

    ReplyDelete
  3. mebelesnya kak, mana nak cari acuan yg comel2 gini

    ReplyDelete
  4. cantiknyaaaa...nampak pun dah dapat tahu very heavenly!!..

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampak.. nanti nak try la.. acuan tu cantikla..

    ReplyDelete
  6. Sedap kan..kan..kan. Heeeee (^_^)

    ReplyDelete
  7. Cantiknya hasil tangan Kak Nor.. and it's not the mould:))I pun nak buat this pudding as my son is an Oreo cookie monster but feeling so malas and still very letih. Maybe next week I buat.

    ReplyDelete
  8. Wow.. cantiknya puding Kak Nor.. Ramai blogger masak2 dah cuba puding ni.. :)

    ReplyDelete
  9. salam K.Nor,,,perghhh skali kluaq menu meleleh punye...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  10. Wah cantik...bahan semua dah ada tp tak terbuat lagi....harp-harap N3 Kak Nor ni memberi semangat!

    ReplyDelete
  11. cantiknya puding tu mesti sedap ni apa lagi time puasa buat ni pasti ramai yg berminat terutama anak2 akak..

    ReplyDelete