f Secubit Garam: ALMOND LONDON

N3 Terkini

Wednesday, August 29, 2012

ALMOND LONDON

ASSALAMUALAIKUM...

Kukis review ke 4.. Asalnya beli kacang badam utk projek lain tp disebabkan ada lebihan jadi K.Nor godek2 dan jadikan ALMOND LONDON. Kukis kegemaran Naim dan Luqman. Sebenarnya kalau ikutkan mmg 'MMMM' benor nak buat Almond London yg banyak kerenah ni tp teruskan buat jugak sbb nanti Luqman pasti nak bawak balik kukis raya ke asrama, gitu gak Naim.


Kali ni K.Nor guna resipi yg diambil kat dapur Rahel, yg mana resipi asalnya dari Nizamadey MyResipi. Mekasih buat ke duanya atas perkongsian resipi Almond London ni ya.. Psst!! Jgn tanya sedap ke tak sbb sebijik pun tak masuk mulut K.Nor.. Lupa terus nak merasa, baki2 kukis ni semua dah diangkut ke asrama anak2.. Rasanya sedap kut sbb bila K.Nor bertanya pada Rahel AL mana yg lebih sedap yg pernah dia cuba buat (sbb kat blog Rahel ada pelbagai resipi AL), Rahel mengesyorkan resipi Nizamadey ni..

Kerja org kurang ghajen, curah jer coklat cair atas kukis ^__^

ALMOND LONDON
Sumber : RahelNizamadey
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.

9 comments:

  1. lama dah xbuat... suke sangat makan biskut nie..

    ReplyDelete
  2. kita ada stok kacang badam dah setahun tak terbuat2 AL ni, huhuhu

    ReplyDelete
  3. kasih >> jom mengalmond london :)

    sari yusa >> nak mengalmond london atau nak cuba satu yg baru menggunakan almond? insyaallah esok k.nor update :)

    ReplyDelete
  4. salam k.nor..
    wah..rajin jugak bual AL yer..memang sedap tu..

    ReplyDelete
  5. One of fav cookies, tapi kalau nak buat memang malas!!! Hehehe..yours look too good kak, parcel sikit kat Love :)

    ReplyDelete
  6. rahel >> kena merajinkan diri buat AL ni demi hero bongsu yg suka benor dgn AL.. :)

    love >> hi dearie.. how r u :)

    not my fav one tp tetap buat utk luqman tu ..

    kalau ada mmg nak poskan tp semua dah licin, bekas pun dah basuh :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum k.Nor sayangggg

    seriussss ranggup almond london nie, Umai dah habiskan sebalang. hahahhaha
    Thanks berkongsi kakakku sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam puan ayu.. tak sesat ke secubitrasa ek.. hehehehe.. gurau jer tau :)

      mmg sedap resipi nizamaadey ni kan.. k.nor buat gak last week, utk luqman bawak balik ke asrama.. siap dpt pujian dr kawan2 dia lg :)

      Delete