f Secubit Garam: AIR KELAPA WANGI

N3 Terkini

Tuesday, July 31, 2012

AIR KELAPA WANGI

ASSALAMUALAIKUM..

Mimpi apa hari ni ada 2 entri ya..  takper lah.. tengah ada mood ni.. Kang kalau mood ke laut, dua tiga hari tak ada entri.. hehe


Entri ke dua utk hari ni, nak tayang air kelapa yg menjadi penyejuk anak tekak time berbuka.  Tak susah mana nak buat pun, mudah sgt2.. Kenapa ada wangi di tajuk resipi? Jawapanya ... sebab ada wangi daun pandan kat isi kelapa tu.. :) Jom tengok resipi kalau ada sapa2 nak cuba....

AIR KELAPA WANGI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 biji kelapa muda
2 - 3 sudu besar gula pasir ~ ikut kemanisan yg disukai
sedikit biji selasih ~ rendam hingga kembang
sedikit paste/perisa pandan
pewarna hijau ~ optional
ais ketul secukupnya

Cara:
Asingkan air kelapa dr isinya.
Masukkan gula ke dalam bekas berisi air kelapa dan kacau hingga gula larut sepenuhnya. Ketepikan.
Masukkan isi kelapa dlm satu bekas dan masukkan beberapa titik paste/perisa pandan. Kacau rata.
Kalau yg menggunakan paste pandan (biasanya paste ni mmg dah tersedia warna hijau melainkan yg menggunakan perisa/esen pandan) tak perlu diletakkan pewarna hijau tapi kalau guna perisa/esen pandan (biasanya clear colour), masukkan setitik dua pewarna hijau pd pada isi kelapa tadi dan kacau sebati.
Biarkan seketika.

Utk menghidang :
Masukkan isi kelapa ke dalam gelas.
Letakkan beberapa ketul ais kiub dan masukkan 2 - 3 sudu besar biji selasih yg dah kembang
Tuangkan air kelapa tadi.
Sedia utk dinikmati.. Nyamannnnnnn.......

8 comments:

  1. air kelapa pandan yg ori biasa minum..tp yg dicampur pandan paste belum cuba lagi
    gambar yg sangat cantik..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum kak ;)

    yeyyy,kak nor dah rajin hap date

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak nor..

    kak nor.. kalau guna kelapa pandan dah takyah nak letak paste pandan lagi sebab kelapa pandaan airnya memang ada aroma pandan.. hehe..

    ReplyDelete
  4. aduhai knor.. segarrrrrrnya rasa..

    ReplyDelete
  5. salam kak nor..singgah & follow cni..
    tgk air kelapa akk dah x sabar nak berbuka..dah dekat2 ni..huhu

    ReplyDelete