f Secubit Garam: PUDING COKLAT SOS KASTARD

N3 Terkini

Saturday, July 28, 2012

PUDING COKLAT SOS KASTARD

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi tadi dah tayang JUS TEMBIKAI Ber'NATA' yg amat menyegarkan anak tekak, petang ni kita sajikan dgn pencuci mulut pulak. Dah lama tak buat puding kesukaan anak2 ni. Memang sedap puding hasil resipi Dayang Jack ni, sbb K.Nor mmg dah acapkali buat. Kali ni K.Nor buat guna versi yg dah diedit oleh Dayang sendiri, lebih kurang jer dgn resipi yg pertama tu cuma kuantiti yg dihasilkan lebih banyak lagi. 


Jom cuba PUDING COKLAT SOS KASTARD yg mabeles nih. Jgn lupa sejukkan dulu dlm peti ais sebelum dinikmati.. Insyaallah, nyaman anak tekak tu nanti :)

PUDING COKLAT SOS KASTARD
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.


Bahan Sos :
2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.

12 comments:

  1. kak nor...
    lama bebenar mas tak buat puding ni...
    teringat ringat lak kesedapannya...
    sabooo saboooo

    ReplyDelete
  2. menariknya kak nor... kena cuba gak nnt... musim panas ni mmg nk berbuka ngn puding sejuk2 cam ni

    ReplyDelete
  3. Wah! Siap sudah ya. Makan sejuk2 sedap ni. Kalau dekat bleh tuko2 hidangan kan. Heeee

    ReplyDelete
  4. menggoda sunnguh. pergghh. nak try laa..masuk dlm list ni. hehehe

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum kak

    gojes nya puding :)

    ReplyDelete
  6. bestnya kak nor..best mkn time bbuka nih...sejuk2 anak tekak kan? nnt nk try buat jugak lah..heheeh

    ReplyDelete
  7. mmg 10 markah la puding ni kak nor..eheheheh

    ReplyDelete
  8. sedapnya tgk puding ni..kalau bln puasa puding memang selalu menjadi pilihan..:)

    ReplyDelete
  9. sedapnya kak nor.... Mintak izin amik resepi sos kastard tu ye :-)

    ReplyDelete
  10. Kak Nor, dah try buat semalam..yummmyyy (",)

    ReplyDelete
  11. salam kak Noor,
    Mas ada soalan kat kak:)
    http://my-mintroom.blogspot.com/2013/03/puding-coklat-sos-kastad.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. jap nak terbang ke sana :)

      Delete