f Secubit Garam: BUTTER PRAWN

N3 Terkini

Thursday, July 26, 2012

BUTTER PRAWN

ASSALAMUALAIKUM..


Sesuatu yg disangka amat payah nak dibuat tapi sebenarnya mudah aje.. Gitu la cara masak Butter Prawn ni, mmg mudah jer cara memasaknya. Tentang jurai2 telur tu biasanya org yg tak biasa buat nampak payah nak buat kan. Tapi insyaallah.. jika diikut teknik yg betul, semua boleh buat sbb ia mudah sgt. Cara K.Nor buat, adalah menggunakan mould roti jala spt dlm gambar di bawah ni.. Kalau nak guna botol mayo yg muncung tiga tu pun boleh tp kena pastikan lubangnya tak terlalu halus, nanti telur tak leh nak turun dan jurai2 menjadi terlampau halus.. Kalau terlampau halus pun tak berapa cantik gak.. Kena jurai yg sedang2  jer baru cantik (ni pandangan mata K.Nor la ya. hehe)


Pastu cara mengacau telur yg dituangkan dlm kuali berisi campuran butter dan minyak tu pun kena betul. K.Nor selalunya guna 1 btg chocpstick kayu /buluh. Masa tangan kiri menuang telur dgn menggunakan mould roti jala tu, tangan kanan membuat putaran dgn menggunakan chopstick tadi dlm minyak. Jgn putar terlalu laju, biar putaran sedang2 jer kelajuannya. Bila telur dah habis dituang, kacau lagi seketika baru lah dipadamkan api. Angkat dan toskan atas jaringan besi supaya minyak tos ke bawahnya atau boleh gak ditoskan atas kitchen towel. Bila telur dah sejuk sket boleh lah dilerai2kan telur yg membentuk gulungan pada chopstick tu.. Insyaallah kalau diikut betul2 step ni, akan menghasilkan jurai2 telur yg cantik. Rasanya dah ramai yg mencuba tips yg K.Nor bagi tau ni dlm entri2 Butter Prawn yg sebelum ni, Alhamdulillah.. dah ramai yg berjaya menghasilkan jurai2 telur yg cantik. So yg belum mencubanya tu, silakan mencuba dan semoga berjaya ya.. :)


BUTTER PRAWN
resipi asal : Nita
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

Cara K.Nor:
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat sket jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya. Cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia

23 comments:

  1. as salam kak nor cantik ye akak nye telur tu..zila buat dulu xjadi...minggu ni nk beli udang la nk try ikut tips akak...tq

    ReplyDelete
  2. slam kak nor.. saer ni x pas lg buat bertali2 ni kat butter prawn..menchik btul.. nak prgi menuntut ilmu kat akak la..hehe..ade kene yuran x ?

    ReplyDelete
  3. hohoho kalau saya buat tak pernah jadik camnih.. ngancam betullah..

    ReplyDelete
  4. cantik nye kejadian butter prawn kak Nor

    ReplyDelete
  5. dah lama nak cuba buat tp takut x jd jurai2 telur tu... :) dah ada tips ni nak try la... mudah2an menjadi.. amin.

    ReplyDelete
  6. gorjesnya kak nor punya BP..patutlah mokwo buat tak jadik...kita main sepuk semua adunan telur dlm koli n kacau..last2 jadik omelet..hihi
    acuan roti jala gituw mokwo tak dek..nanti nak try dgn botol mayo 3 muncung tuh..kot2 boleh jadik

    ReplyDelete
  7. salam nor..t.kasih krn siap masuk tip tu..ilah dah buat tapi tak jadi mcm nor..nanti ilah nak cuba cara nor..maceh ya ..

    ReplyDelete
  8. Asslmkum Kak Nor.
    Apaaa niii..tetenghari ada butter prawn..hihihii..Kak!.Cantik mould roti jala akak tu..

    ReplyDelete
  9. salam kak nor.nmpk mudah je..huhu.tak berani nk cuba sbb saya pikir susah.pki acuan roti jala rupanya.tq kak nor

    ReplyDelete
  10. ooo..pakai acu roti jala. ok nak try test tgk..TQ kak

    ReplyDelete
  11. tengok nama mcm takut nak cuba. NMpk hebat sgt nama masakan udang ni.tapi bila baca step kaka nor rasa ok pula

    ReplyDelete
  12. salam kak Noor
    Vougenya butter prawn akak..
    sampai tak sedar dah meleleh air liur hi..hi..

    ReplyDelete
  13. faa pernah buat tp telur tu serap miyak laa kak nor..

    ReplyDelete
  14. Sedapnya melihat menu Kak Nor ni..

    ReplyDelete
  15. lamanya dah x mkn butter prawn nih..ratah best kan kak.. Kiut laa acuan roti jala tu.heher

    ReplyDelete
  16. cantikkknya butter prawn kak nor tu...
    mas tak pas2 lagi membuatnya...huhuhuu

    ReplyDelete
  17. Baik!! nak cuba buat lagi...thank you kak for the tips!

    ReplyDelete
  18. selalu buat telur tu jadi telur hancur je.. thanks for the tips.. nnti bleh la try...

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum..

    kepada yg masih belum menjadi lg nak buat jurai2 telur bg butter prawn ni, cuba la tip yg k.nor nyatakan tu ya.. all the best :)

    ReplyDelete
  20. terima kasih kak nor bagi tips camne nak buat jala2 tu =) patut la buat selama ni buat tak jadi macam kedai..moga kak nor murah rezki kongsi ilmu free =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. mekasih aznurul.. smoga menjadi ya..

      Delete
  21. slm kak nor...

    Insyaallah nanti GD cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. slmt mencuba .. smoga menjadi ya.. :)

      Delete