f Secubit Garam: GULAI AYAM & IKAN PEKASAM GORENG FOR DAY 1

N3 Terkini

Sunday, July 22, 2012

GULAI AYAM & IKAN PEKASAM GORENG FOR DAY 1

ASSALAMUALAIKUM...

Salam Ramadhan nan mulia dan selamat berpuasa bg mereka yg berpuasa. Bulan puasa ni kita cakap short2 dah la ek.. Direct pada menu lagi baik kan.. hehe..

Menu berbuka yg simple di hari pertama berpuasa bagti K.Nor sekeluarga, GULAI AYAM dan IKAN PEKASAM GORENG. Satu gandingan menu yg sangap mantop bg kami sekeluarga, mmg sangat menyelerakan.. Kalau dlm entri sebelum ni pun, mmg dua menu ni sentiasa bergandingan.. 



GULAI AYAM TRG STYLE

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * (*diblend)
3 sudu besar rempah gulai (boleh jg guna rempai gulai kawah) ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam
gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan ~ optional
minyak

Bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara2:
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.



IKAN PEKASAM GORENG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

2 ekor ikan pekasam ~ k.nor guna ikan sepat
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 bj cili api ~ dihiris halus
1 bj limau nipis atau 2 bj limau kasturi
minyak utk menggoreng

Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan cili api yg dihiris hingga wangi. Angkat dan toskan.
Kemudian gorengkan ikan pekasam hingga masak/garing.
Angkat dan hidangkan dlm pinggan.
Tabukan bawang merah dan cli padi yg digoreng tadi ke atas ikan.
Dan perahkan limau nipis/limau kasturi.
Sedia utk dimakan..

* boleh juga jika nak goreng ikan  dahulu, angkat dan barulah  digoreng bawang dan cili padi.

3 comments:

  1. uwaaaa...dah sedapp buat berbuka tu kak nor...

    ReplyDelete
  2. Asslmkum kak nor.
    Sama menu kita smlm kak. Ikan pekasam mmg terbaik lah bln2 puasa ni. Heee

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..

    mas >> mmg sedap mas, berselera cik abg dan anak2 makan terutamanya along yg suka menu ni..

    sue >> tu la sue, cam dah janji kan :).. k.nor mmg suka gak ikan pekasam tp ikan sepat jer la sue :)

    ReplyDelete