f Secubit Garam: AYAM GORENG BEREMPAH (5) ~ DJ

Friday, July 27, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH (5) ~ DJ

ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran secara langsung di pagi Jumaat nan mulia lagi penuh baraqah setelah 3 hari pengunjung SecubitGaram disajikan dgn entri berjadual. Sebenarnya tuan rumah ke Kolumpo pada pg Selasa baru2 ni dan baru jer pulang ke rumah ptg semalam. Ada 2 agenda utama penyebab utama ke KL tu, salah satunya sbb Along perlu hadiri interview kat Putrajaya pada 25 Julai (Rabu) dan kebetulan pada hari yang sama gak K.Nor pun ada agenda tersendiri. Maaf lah ya, buat masa ni belum dapat diuar2kan lagi apakah agenda tersebut. Kena tunggu masa yg sesuai sampai dulu, insyaallah akan K.Nor uar2kan.. Biasalah.. org low profile tak suka kecoh2 atau heboh2kan.. Nanti org kata, hanya kes sebiji telur dah riuh cik yam sekampung.. ^__^

Sesampai jer kat rumah ptg smlm, azan Asar menyambut kita org (K.Nor, Cik Abg dan Along). Alhamdulillah, perjalanan di bulan puasa tak terasa sgt kepenatannya lagipun kali ni co-pilot dah ada pembantu. Bila dah ada 2nd co-pilot ni, co-pilot jd mem besar kat belakang hehee.. So mana la letih sgt kan.. Masa hampir sampai kat rumah, duk congok2 dlm kepala nak masak apa utk berbuka. Nak beli lauk2 kat Pasar Ramadhan, K.Nor kurang suka dan mmg jarang diamalkan pun. Perut kita org suami isteri ni agak sensitif, mudah nak cirit birit bila kena lauk2 tertentu. Memang selalunya K.Nor masak jer kalau di bulan Ramadhan kecuali, sesekali bila ada hal yg tak dapat dielakkan, terpaksa gak beli lauk segera. Tapi yg dibeli pun biasanya cam ikan bakar, ayam golek/ayam pusing.. atau mana2 lauk yg dimasak kat tempat tu. Chances nak CB tu kurang sket kan bila makan lauk panas2 gitu.


Bila pikir balik, kesian si hero bongsu yg kebetulan minggu ni pulang berbuka puasa kat rumah. Dah la jarang2 balik, bila balik, si emak hidangkan lauk masakan org lain kan. So K.Nor tak jadi la beli lauk luar. Sampai jer kat rumah terus keluarkan ayam dan udang yg kejung kat freezer dan masak nekbat utk dijadikan dessert. Nekbat mmg K.Nor baru jer beli sebelum ke KL (letak kat freezer supaya tahan lama) dan nekbat la pilihan terbaik utk buat dessert yg cepat dan yg menjadi kegemaran anak2. Utk ayamnya, K.Nor plan nak buat ayam goreng berempah dan dgn si udang, K.Nor buat tomyam udang. Pastu tumbuk lak durian yg mmg dah siap perisi (sebekas aiskrim cik abe ku perisi .. senang kerja ai hehe) utk dijadikan Sambal Tempoyak (Mentah). Tu jer la menu simple yg sempat disediakan utk dinikmati bersama keluarga tersayang.. Alhamdulillah.. syukur dgn rezeki Mu ya Allah.... 


Utk AYAM GORENG BEREMPAH, K.Nor cuba resipi terbaru dari Dayang ni. Dah pernah cuba beberapa resipi ayam goreng berempah Dayang.. Kebetulan semua bahan2 ada dlm esbok, senang jer la kerja kan.. Lagipun Ayam Goreng Berempah mmg senang dan cepat disediakan dan juga menjadi kegemaran anak2 K.Nor. Mekasih Dayang atas perkongsian resipi AGB ni ya.. K.Nor letak no 5 kat tepi tajuk tu utk membezakan antara resipi2 Ayam Goreng Berempah yg lain dlm peti resipi K.Nor tu ya.. 


AYAM GORENG BEREMPAH (5)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan tepung goreng serbaguna/ala KFC
2 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
2 tangkai daun kari

Bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
8-10 batang serai ~ k.nor guna 5 btg jer
1 sudu besar biji ketumbar

Cara-cara : 
Satukan kesemua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati.
Kemudian diperap hingga 2-3 jam atau semalaman.
Sediakan minyak yang banyak untuk goreng terendam.
Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Selamat mencuba!


SAMBAL TEMPOYAK (Mentah)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Isi durian
cili padi ~ ikut kepedasan yg disukai
secubit garam kasar

Cara:
Tumbuk cili padi dan garam hingga lumat.
Masukkan isi durian dan tumbuk hingga sebati.
Sedia utk dihidangkan..