f Secubit Garam: DAGING CILI PADI & KACANG PANJANG GORENG

N3 Terkini

Monday, July 30, 2012

DAGING CILI PADI & KACANG PANJANG GORENG

ASSALAMUALAIKUM.. 


Kita cakap short2 ya.. 

Menu berbuka smlm, DAGING CILI PADI, resipi hasil skodeng kat dapur org S'pore. Tq Ayu for sharing & tq to the owner of the recipe too.. Selamat berpuasa :)

Ratah aje pon sodap ^__^


DAGING CILI PADI
sumber : Ayu S'pore & Nor Emilia Amran@resipi.net

Bahan2:
500g daging
10 biji cili padi ~  7bj
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 cm halia
2 sudu makan sos tiram
2 biji bawang besar ~ potong bulat ~  1bj
2 biji limau kasturi ~ diperah ambil jusnya ~ 1bj
5 biji cili merah ~ 3bj
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ~ k.nor tambah
garam dan gula secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut dan ketepikan (k.nor rebus dulu utk melembutkan daging)
Masukkan halia, cili padi, bawang putih dan bawang merah kedalam pengisar dan kisar. 
Panaskan minyak semula (gunakan minyak goreng daging tadi) dan tumiskan bahan2 yang telah dikisar tadi. 
Tumiskan sehingga kekuningan kemudian masukkan sos tiram, garam dan bawang besar (juga serbuk lada hitam). Apabila baunya mulai naik, masukkan jus limau kasturi. Masukkan daging dan gaul sehingga rata. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.


Menu sayur mmg tak miss kat rumah ni. Kalau tak ada sayur yg dimasak, mesti ada ulam-ulaman. Menu sayur yg digandingkan dgn Daging Cili Api, KACANG PANJANG GORENG HATI & PEDAL. Syok meratah gitu ajer kalau sayur goreng gini..


KACANG PANJANG GORENG HATI & PEDAL

Bahan:
5 urat kacang panjang ~ dipotong
5 ketul hati + pedal ayam ~ dipotong
2 ulas bawang putih ~ dicincang 
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu (wedges)
1 bj cili merah ~ dipotong serong
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ seeloknya yg baru ditumbuk
sedikit air
garam dan sedikit gula
minyak

Cara: 
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga layu dan masukkan hati dan pedal ayam.
Masukkan pula kicap manis, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam.
Goreng seketika dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan) .
Bila hati dan pedal ayam telah masak (dan air sedikit kering) masukkan kacang panjang, cili merah, garam dan sedikit gula. Kacau rata.
Goreng sehingga kacang lembut sedikit tp jgn terlalu lama.
Angkat dan hidangkan.. 


10 comments:

  1. Kak Nor,

    Nampak menarik...nih kalau makan panas-panas masa sahur lagi best kan...nak cuba nanti :)

    ~myrecipecottage.blogspot.com~

    ReplyDelete
  2. YEAAAAHHAAAA... ada idea dah nak diapaa kan dengana daging tu. tapiiiiiiiiiiiiiiii.. daging dlm peti es tu dh direbus. canner? sedap ke buat gini kak nor? nk buat daging merah cam tak kene ngan tekak je. nak yg cili padi gini. peh tu kalau nak derhaka letak kacang pjg dlm tu terus kene tak kak nor? kikiki..

    ReplyDelete
  3. kak nor....
    satu gabungan yang mantap....
    sukaaaaaaa.....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..

    ummisara >> slmt mencuba ;)

    izah >> boleh aje jah.. akak pun rebus gak dulu sbb nak bg daging tu betul2 empuk.. lain la kalau guna daging batang pinang kan, tak perlu rebus dah.. kang tak pasal2 org berbuka ilang selera duk ngap daging liat :)

    boleh jer jah.. kita buat dia.. jd la lauk 2 in 1 :)

    mas >> akak pun suka mas.. best :)

    ReplyDelete
  5. Alahai K.Nor, sedapnya daging si hitam manis tu... mkn dgn nasi panas ni... pergh! bertimbun2 lah jawabnya...

    ReplyDelete
  6. yeh!!..sedap2 lauk kat atas ni..kita suka..yes for izah, kalau daging tu direbus dulu memang boleh aje..
    terimaksih Nor sudi mencuba :)

    ReplyDelete
  7. salam nor..akak suka sangat kacang panjang goreng macam tu..cuma kalau dah orang negori tak leh tinggal santan..akak letak sikit santan pekat.
    terima kasih nor kongsi resepi daging..boleh masak nanti

    ReplyDelete
  8. lauk ni kalau masakkn utk hb tntu dia suka...mantap n sedap nmpknye tu..

    ReplyDelete
  9. nampak sedap kak nor..ratah2 pun ok jgk nie:)

    ReplyDelete