ASSALAMUALAIKUM..
Masakan sotong, menu febret si hero sulung. Memang dia penggemar seafood. Si tukang masak dah jemu duk buat Sotong Masak Sambal. Ni jer la dulu yg selalu duk buat tiap kali beli sotong sampai la sejak kenal dunia alam maya ni, mcm2 dah menu sotong yg K.Nor cuba dan pelbagaikan cara masaknya. Yg ni mmg simple tp insyaallah menyelerakan. Resipi ni K.Nor create secara spontan jer time nak masak tu, kali ni K.Nor tambah sket dgn kacang panjang jadi tak perlu lah kita masak lagi menu sayur utk yg nak cepat tu kan.. Tapi K.Nor tetap masak menu sayur lain yg digandingkan dgn sotong ni, iaitu Bendi Goreng Dgn Telur. Jom tengok resipi ya, kut2 ada yg teringin nak mencuba..
SOTONG GORENG KARI
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
400gm sotong ~ dibersihkan dan dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
1/2 in halia ~ dihiris nipis
1 bj lada merah
2 sudu besar serbuk kari
2 tangkai daun kari
400gm sotong ~ dibersihkan dan dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
1/2 in halia ~ dihiris nipis
1 bj lada merah
2 sudu besar serbuk kari
2 tangkai daun kari
2 urat kacang panjang ~ dipotong
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
garam & sedikit gula
1/2 cawan air
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
minyak
Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan halia.
Bila tumisan dah berbau wangi, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air dan daun kari.
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
garam & sedikit gula
1/2 cawan air
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
minyak
Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan halia.
Bila tumisan dah berbau wangi, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air dan daun kari.
Goreng seketika.
Masukkan air dan kacau.
Masukkan air dan kacau.
Masukkan separuh dari hirisan tomato dan biarkan ia menjadi lembut.
Tekan dgn belakang senduk/sudip sehingga tomato menjadi hancur/benyek.
Masaklah sehingga pecah minyak dan masukkan garam dan sedikit gula (jika suka).
Masukkan sotong dan masaklah hingga kuah agak pekat dan masukkan baki tomato, lada merah dan jus limau nipis.
Kacau2 sekejap dan boleh la diangkat.
Hidangkan panas2.
Masaklah sehingga pecah minyak dan masukkan garam dan sedikit gula (jika suka).
Masukkan sotong dan masaklah hingga kuah agak pekat dan masukkan baki tomato, lada merah dan jus limau nipis.
Kacau2 sekejap dan boleh la diangkat.
Hidangkan panas2.
BENDI GORENG DGN TELUR
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
10 - 12 bj kacang bendi
3 bj bawang merah
1 bj cili merah
3 bj cili padi
1 bj telur ~ dikocok sedikit
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam dan gula (jika suka)
minyak
Cara:
Basuh kacang bendi dan toskan. Biarkan kering atau boleh juga kalau nak dilap dgn kitchen towel.
Bila bendi dah kering baru dipotong serong. Ketepikan.
Tumbuk kasar bawang merah, cili merah dan cili padi (tak perlu sampai lumat)
Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg ditumbuk tadi.
Tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan sos tiram, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masukkan telur dan kacau hingga menjadi spt scramble egg.
Masukkan bendi dan kacau hingga sebati. Biarkan bendi masak sekejap kemudian boleh lah diangkat. (bendi tak perlu di goreng lama supaya ianya tak menjadi lembik)
* teknik memotong bendi bila ianya betul2 kering adalah utk mengelakkan ia mengeluarkan lendir semasa dlm proses memotong dan ini akan menyebabkan masakan bendi ni nanti akan menjadi berlendir.
** boleh juga dilapkan pisau selepas memotong 3 atau 4 bj bendi untuk mengelakkan bendi mengeluarkan lendir.



asslm Kak Nor...sedapnye tgk sotong tu masak gitu...bleh cuba nti...QH mmg pminat sutunnn...sabo yer perut...hehe
ReplyDeletenice combo...nampak sedap lah kak
ReplyDeletessedap nyer.....Leh try Nie...
ReplyDeletekak nor...
ReplyDeletemas baru cadang nak goreng bendi ngan telur...he3
sotong tu....perhhhhhhh
salam k nor...sedapnya lauk sotong tu...mmg liur plak js ni..dh la peminat sotong ....hihi
ReplyDeletesedap lauk2 kak nor ni... paling tak tahan sayur bendi tu... feberet...
ReplyDeletetq bg idea goreng bendi ala gini .. ingat blk ni nak buatlah .. tp tukar bkn dgn telur .. dgn tempe hihihihihihi....
ReplyDeleteAssalammualaikum kak
ReplyDeleteanak sulung mmg suka mkn sutun kot kak :)
Wahhh Love nak join Kak Nor lah. Sayangnya kita tinggal berjauhan...kalau tak pasti hari2 Kak Nor tgk muka love kat dining akak. Hehe :)
ReplyDeletesalam K.Nor.Slmt berpuasa kpd k.Nor seklurga(br sempat nk ucap ngan k.nor :D)
ReplyDeleteNampak menyelerakn sotong kak Nor tu..sibbek br abis sahur.Klu tak..trliur gak:D
salam syg kak nor,
ReplyDeletecantik pulak sotong tue ..menambah2 selera nk makan..boleh la cuba buat nnt kak..:)
k.nor..sori nak tnya.. dekat bahan tue k.nor tulis bwg putih n bahan besar. tp kt cara tue suh masukkan bwg merah ngn b.putih. konfius.
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteQH >> w'salam... slmt mencuba
GK arusuvai >> yep.. mmg sedap .. try la..
gieyana >> slmt menerai :)
mas >> dah goreng smlm kan.. sedap tak? :)
JS >> kat rumah ni k.nor dan along mmg peminat tegar sotong dan udang :)
ratna >> k.nor ingatkan k.nor dan cik abg jer minat bendi tu, rupanya along pun minat gak bila time makan :)
masya >> boleh aje, kita pelbagaikan resipi .. :)
pia >> w'salam pia.. ni mesti pia pun anak sulung kan hehe..
love >> boleh aje.. meh akak pindah tepi rumah love nak, boleh akak numpang makan kat rumah love :)
atie >> w'salam atie.. slmt berpuasa gak dr k.nor buat atie sekeluarga..
try la atie.. insyaallah menyelerakan :)
zila >> salam kembali buat zila.. slmt mencuba, smoga kena dgn selera ya..
orchid >> mekasih sbb bertanya, k.nor pun tak perasan ada typo kat situ.. maklum la nak cpt.. masa tu duk prepare 3 entri berjadual sekali gus.. dah betulkan .. mekasih :)
Best! Plg suke sotong punyer resepi. Improvise dgn udang grg kari pon best nih. :D
ReplyDelete