f Secubit Garam: GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP

N3 Terkini

Tuesday, December 11, 2012

GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP

ASSALAMUALAIKUM..

Jom breakfast! Meh kita layan menu bekpes yg biru mata itam ku nih. Sesekali pekena GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP mmg best.. Kena pulak makan kat beranda di temani bayu pagi yg nyaman.. pergghhhh.. syok abissssssss hehehe


Utk Garlic Bread K.Nor guna resipi Fendi (suami Yani MyResipi) dan utk Mushroom Soup K.Nor masih guna resipi Minami tp ada edit situ sini la mengikut kesuaian bahan yg ada kat dapur dan ikut selera anak tekak si tukang masak :) Mekasih pada keduanya ya..


GARLIC BREAD
resipi : Fendi MyR
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
roti france
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
parsley kering secukupnya

Cara2
Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.

Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.

Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.

Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C



MUSHROOM SOUP
resipi : Minami MyR
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub ayam ~ k.nor guna 1/2 kiub jer
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2) ~ k.nor guna 5 kpg cendawan shitakae kering
garam
secubit ajinomoto ~ k.nor skip
1 cawan tepung gandum ~ k.nor tak letak semua ni cuma sbb nanti terlalu pekat. ejjas2 sendiri la kepekatan mengikut selera masing2

Cara2:
Potong ayam kecil2, masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam, masak guna api yang perlahan. 
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.
Siap utk dihidang. Sedap dimakan dgn roti.


23 comments:

  1. ni la kegemaran anak2 saya...sarapan ringkas yg mudah disediakan

    ReplyDelete
  2. Assaslammualaikum kak

    yummmmm,dah lame tak pekena menu ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam pia sayang...

      menu simple jer pia :)

      Delete
  3. Replies
    1. faa.. ni resipi org lain, k.nor hanya mencuba jer :)

      Delete
  4. Replies
    1. hehe.. kelas apa tu.. kelas 5A ek hehe

      Delete
  5. Assalamualaikum Kak..
    Saya mcm dah merajuk la nak buat mushroom soup lagi.
    Bila buat, sure berketul-ketul.. x smooth..
    Ada tips ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. ehh jgn merajuk.. jgn give up.. ada la silap kat mana2 tu..

      rasanya shamsiah guna api besar tak masa masak tu.. kena buka api sedang2 jer ya.. mulakan dgn masak air hingga mendidih, pastu masukkan cendawan dan ayam. masak lg biar ia mendidih balik baru masukkan susu. pastu kacau .. kena kacau selalu supaya tak naik kepala. pastu pastikan tepung tu dibancuh dgn air secukupnya. masa nak masukkan dlm periuk, sebaiknya tapis supaya tak ada ketulan tepung masuk dlm adunan susu td.

      pastu, kena sentiasa mengacau supaya tak berketul. (make sure api sederhana jer ya..) masak lg hingga mendidih.. kalau nampak cam berketul gak, cuba kacau laju2 dgn handwisk.. insyaallah jd smooth balik.. slmt mencuba :)

      Delete
    2. Terima kasih kak.
      Insya'Allah nanti saya cuba ikut tips yg akak bagi ni.

      Delete
  6. Teringat pulak kat garlic bread yang my Hubby always make...sedap cicah mushroom soup.

    Nak yang akak punya pulak now...hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh untung betul org ada hubby yg pandai dan rajin memasak nih.. jeles betul ler hehe

      Delete
  7. Jeles sehhh dgn Love.. if only hukhukhuk.. mine pandai masak but buat macam tak pandai ajer hahaha.. Nor.. Sonia memang fav mushroom soup.. i also like but musti ade garlic bread.. sonia lagi suka hirup hirup gitu ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi5 rima!sama la kita jeles dgn love tu kan.. hubby dia mmg raaaaaaaajin masak2.. ishh.. kan syok gitu hehe

      kat rumah ni semua dah jadi antu garlic bread dgn mushroom soup.. bila dah ramai gini, so worth it la kan kalau buat sendiri.. :)

      Delete
  8. rajin betul prepare sendiri. Sy panaskan yg segera aje...dasar pemalas...buat sendiri mesti lagi sedap kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fazian, kalau kita nak diri kita, sbg ibu sentiasa di hati anak2 dan suami, kena la masak sendiri. bila kita masak terutamanya dr a - z, dan serve kat dia org, insyaallah bila dia org besar, kita sentiasa di hati dia org.. kita masak dgn kasih sayang, dan dia org akan balas dgn kasih sayang dia org gak.. lazimi zikir dan berselawat masa memasak, insyaallah masakan kita jd sedap dan jgn lupa permulaannya dgn basmallah.. :)

      Delete
  9. Sedap3 dah lama ina x bt niii kak n0r

    ReplyDelete
  10. sedapnye.. esok nk buat.. tu yang cari resepi.. er tapi.. kalau guna roti gadernier xpe je kan kak nor?

    ReplyDelete
  11. kalo xde parsley pakai oregano bole ke?

    ReplyDelete
  12. Sebelum ni k.nor pun pernah guna dried oregano menggantikan parsley.. Tetap edap hasilnya..

    ReplyDelete