ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah.. sejak menjadi 'org kampung' ni, K.Nor dpt memenuhi hajat yg sekian lama terpendam iaitu bercucuk tanam terutamanya sayuran yg sentiasa diguna pakai dlm masakan seharian serta ulam2an.. K.Nor mmg suka menanam dr zaman remaja lg dan sentiasa suka makan ulam2an terutamanya pegaga. Sebelum ni masa duk rumah flat ada gak menanam serba sedikit tp persekitaran tempat K.Nor menanam tu tak dpt cahaya matahari dek pokok mempelam/mangga yg K.Nor tanam dah menghadang cahaya matahari, jadi pokok2 yg K.Nor tanam tak dpt nak hidup dgn elok. Pokok kesum, pudina, langsung tak menjadi sedangkan pokok2 ni perlukan cahaya matahari yg secukupnya utk membesar.
Jadi bila dah berpindah ni, K.Nor gunakan sepenuhnya kesempatan yg dikurniakan Allah dgn menanam pelbagai sayuran kegunaan harian. Alhamdulillah.. semakin subur tanaman yg ditanam. Banyak gambar2 tanaman dah K.Nor post kat fb dan pastinya ramai geng2 yg dah tengok kan.. hehe Salah satu tanaman yg sangat 'menjadi;' adalah pegaga. Kalau dulu, pegaga ni K.Nor tanam dlm pasu pokok limau purut, ianya tak la hidup mana pun.. org kata hidup segan mati tak mau jer.. Pastu bila pindah sini, K.Nor alihkan ke bekas polisterin yg direcycle dan dijadikan pot utk menanam sayuran spt pegaga, pudina dan siew pak choy, ianya semakin subur. Pegaga semakin membiak subur dan merimbun.. Biasanya K.Nor buat makan ulam gitu jer dan kadang2 K.Nor blend dan jadikan jus.. tp bila dah merimbun sgt, pg semalam K.Nor petik/gunting dan dpt sebekas besar daun pegaga. Memang dah aim nak buat kerabu. Akhirnya dgn bahan2 yg sedia ada kat dapur, terhasil lah satu menu KERABU PEGAGA .. K.Nor tambah dgn sedikit daun selasih yg juga sedang merimbun.. errmm.... best tau dimakan dgn nasi putih panas2.. hehe Jom kita tengok resipi kut2 ada yg teringin nak mencuba :)
KERABU PEGAGA & SELASIH
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 mangkuk besar pegaga
3 tangkai daun selasih
1 ekor ikan selayang/kembung ~ dipanggang
1/2 cawan kelapa parut (bahagian putih)
2 batang serai ~ dihiris nipis
3 biji bawang merah ~ dihiris nipis
2 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk
1 biji cili merah ~ dihiris
2 biji limau kasturi
1 sudu besar sos ikan ~ optional
sedikit garam dan gula
Cara:
Perisikan ikan dan tumbuk. Ketepikan.
Kelapa parut digoreng tanpa minyak hingga kekuningan kemudian ditumbuk (tak perlu sampai lumat).
Hiris kasar daun pegaga dan daun selasih. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk/bekas.
Masukkan juga kesemua bahan-bahan lain dan gaul rata.
Sedia utk dihidangkan.
*
Kalau suka lebih pedas bolehlah ditambah hirisan cili padi.
Boleh gantikan ikan dgn udang kering (gunakan dlm 3 sudu besar udang kering, digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
Boleh skip daun selasih jika tak suka dgn bau/rasa daun ini.


Sedapnya kerabu pegaga.. tu kak nor.. pas ni boleh kak nor pelbagaikan jenis masakan utk pegaga tu ye... sebab dah banyak membiak tu.. sejuk betul tangan kak nor :D
ReplyDeletealhamdulillah.. pegaga ni mudah hidup yati.. cuma nak kena cukup air dan cahaya matahari :)
DeleteAssalammualaikum kak
ReplyDeleteAlhamdulillah,suka sgt tgk gmbr tanaman akak
akak nak kirim sikit pegaga boleh?hehehe
jus pegaga sedap tak?
w'salam pia.. boleh.. nak banyak mana pun boleh.. hehe
Deletesedap jus pegaga pia.. k.nor mmg suka minum jus pegaga.. kadang2 campur dgn limau kasturi (blend dgn kulit dan biji), kadang2 campur dgn madu.. jus pegaga sgt bagus utk kesihatan pia :)
Nampak sangat lazat..tp AK tk makan pegaga..
ReplyDeleteKopi Najis Gajah Mempunyai Rasa Menakjubkan!
cuba acu try makan AK.. insyaallah sedap :)
Deletesaya pun sama kak nor.. memendam rasa untuk bercucuk tanam.. tp apalah dayaku duduk rumah bertingkat2 ni memang tak dpt nak cucuk tanam... taktaulah ada ke tidak rezeki nak duduk rumah yg ada laman & tanah.. huhu..
ReplyDeletebaru ni sy kidnap ulam raya umah ma masa blk kg.. dptlah juga buat kerabu... tp masih tunggu Q... hehe.. daun pegaga byk khasiatnya kan kak nor.. especially bahagian akarnya tu... makcik sy kalau buat jus... dia kisar dgn akar2 sekali.. tp akar kena bersihkan betul2 ler.. mmg nampak sedap kerabu tu.. lagi2 guna rencah ikan panggang... t'ganu style..
tak per ratna.. teruskan istiqamah dgn berdoa, insyaallah satu hari nanti Allah makbulkan hajat yg baik tu..
Deletebetul tu, akarnya mmg berkhasiat.. k.nor selalunya blend dgn akarnya sekali kalau nak buat jus..
hehe... tipikal ganu kan.. :)
Nor, PH baru aje tanam pegaga. Dulu memang banyak tapi sebab malas nak jaga, dah pupus. Baru-baru ni ada pulak pegaga yang tumbuh (sisa-sisa pegaga yang lama kut) so PH pun cepat-cepat tanam kat pot. Mudah-mudahan tak lama lagi boleh lah PH buat kerabu pegaga :)
ReplyDeleteeh PH walau dia dah kering, akar dia tu kalau masih hidup, akan keluar balik tunas tau.. siram jer 2x sehari.. jgn lupa kena bg kena cahaya matahari yg cukup..
Deletemcm yg nor tanam ni asalnya k.nor semai akar pegaga yg nor beli kat pasar.. mudah jer hidup.. tp bila dia kering, kalau kita siram balik dgn air, nanti akan bertunas balik la :)
wahhh sedapnya..kalo faa dapat ni, faa ratah je...nyum nyum
ReplyDeletek.nor makan dgn nasi putih jer faa.. mmg sangat sedap :)
Deletesalam nor, patutlah makin hari makin cun & awet muda gupernya suka mkn pengaga.., sygnya am jenis tak blh masuklah pengaga ni, x tahulah kenapa mmg x blh telan tu yg susah nk awet muda kot hee..! mmg nmpk subur lagi pengaga tu.. sejuk tangan nor tanam apa pun mnjadi aje., kalau brjiran dah blh ngecek tu..
ReplyDeletehehehe.. yer ke am.. mana ada makin cun nih.. hehe.. kalau gitu am kena la praktis makan pegaga am.. sedap tau :)
Deletesalam kak nor..resepi pegaga ni buat sy teringat kat mak cuma dia tak masukkan daun selasih & bahannya lebih simple..org lama la katakan..nanti leh try cara kak nor pula.. :)
ReplyDeleteieyda, selasih k.nor mmg tengah merimbun jd dtg idea utk masukkan sekali dlm kerabu ni.. kiranya ni versi baru la.. kalau yg letak pegaga saja tu dah biasa sgt kan. kita ubah sket bahan2 so jd lah versi baru :)
DeleteHuh...sedapnya makan ulam2 nih...:)
ReplyDelete