f Secubit Garam: NASI GORENG KAMPUNG MABELES

N3 Terkini

Friday, December 14, 2012

NASI GORENG KAMPUNG MABELES

ASSALAMUALAIKUM...

Tajuk tak boleh blah tu kan.. Tapi hakikatnya mmg mabeles nasi goreng yg digoreng tghari smlm ni.. Yer adik2.. tengahari semalam ya.. bukan tengahari ni. Dolu2 boleh sgt ler, arini masak, terus arini gak post. Skrg ni, belum tentu ya.. Hari ni masak mungkin esok masuk blog, kadang2 minggu dpn baru masuk. Yg lebih haru lg, bulan depan baru masuk blog.. hehehe.. jgn marah ya.. Mood empunya blog dah tak mcm dolu2.. Takper la kan, asal ada entri dah.. dari tak ada entri, senyap sunyi terus.. Sebolehnya tak nak la blog ni stop gitu jer.. melainkan sesuatu yg di luar jangkaan, terjadi yg menyebabkan terpaksa letak titik noktah..


Masa ronda2 pagi kat kebun sekangkang kerbau pg smlm hehehe K.Nor lihat kangkung dah agak merimbun dan sedang elok utk dipetik. Bila dah dipetik, dapat la sebekas tp tak la banyak. Kalau nak dibuat goreng belacan mmg tak cukup. Dtg idea nak buat nasi goreng kampung. Biasanya NGK mmg menggunakan kangkung kan.. Kebetulan bahan2 lain dah ada dan smlm mmg K.Nor plan nak keluar ke bandar KT atas beberapa urusan, jadi awal2 lg dah tanak nasi utk buat nasi goreng. Kena goreng nasi sebelum keluar, nanti balik rumah lunch dah ready kan.. Alhamdulillah. apa yg diplan mmg menjadi, balik rumah dlm pkl 2ptg, perut mmg dah berirama dangdut,  panaskan balik nasi goreng, terus ngap anak2 beranak.. ermmm... 




Nasi Goreng Kampung adalah nasi goreng yg paling hero bongsu suka. Kalau kita org makan kat kedai, menu ni la yg dipesannya. Sebab tu dia tau, yg mana sedap dan mana tak sedap. Ada satu kedai makan yg menjadi kesukaannya sbb kat situ Nasi Goreng Kampung mmg sedap, menepati selera dia terutamanya. Jadi bila K.Nor try buat Nasi Goreng Kampung ni dgn sedikit kelainan dr resipi2 nasi goreng kampung yg biasa dibuat, hasilnya sangat sedap! Luqman makan dgn cukup berselera time lunch semalam. Dinner pun dia ulang makan nasi ni lagi dan bila ada sedikit lebihan nasi ni smlm, dia suruh simpan sbb nak makan hari ni pulak. Tu mmg tanda nasi goreng kampung ni betul2 menepati selera dia.. hehe


Apa yg membuat NASI GORENG KAMPUNG ni sangat sedap dan menyelerakan, jom tengok resipi.. :)

NASI GORENG KAMPUNG MABELES
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 cawan beras (cawan rice cooker)
air secukupnya

~ tanak nasi spt biasa.
~ lerai2kan dan  letakkan dlm dulang dan biarkan sejuk.

Bahan2 utk nasi goreng:
kangkung secukupnya ~ dipotong
1 1/2 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
5 - 7 tangkai cili kering ~ dipotong/gunting serong
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi ~ boleh tambah jika ingin lebih pedas
2 biji telur ~ dikocok
garam
sedikit gula
minyak

Cara2:
Ambil sebahagian dari ikan bilis yg digoreng tadi dan tumbuk hingga hancur. Boleh juga jika nak guna pengisar kering.
Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi.
Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan goreng hingga wangi.
Masukkan bahan2 yg dikisar tadi dan tumis hingga garing.
Kemudian masukkan telur dan biarkan mengeras sedikit baru lah dikacau.
Masukkan ikan bilis yg ditumbuk/kisar, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masukkan kangkung, nasi dan sebahagian lg dr ikan bilis tadi.
Kacau hingga rata dan masaklah seketika.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan keropok ikan.


Haaaa.. ada perbezaan kan.. Yer, K.Nor goreng ikan bilis dan kemudian kisar pastu ada juga diletakkan cili kering yg digoreng garing tu.. tu la penambah kesedapan NASI GORENG KAMPUNG K.Nor  dan sbb tu K.Nor bg nama NASI GORENG KAMPUNG MABELES ya... So, selamat mencuba dan menikmati keenakkannya.. ^____^


16 comments:

  1. Sama lah dengan hero saya yg sorang tu k.nor suka sangat nasi goreng kampung.. hari2 masak pun tak apa...

    Nasi goreng kampung k.nor ni memang nampak mables la... ada lagi ke sepinggan ehe :D

    ReplyDelete
  2. Saya pn suka order nasi goreng kg kalau g kedai.. Nampak sedap ni, nnti nk try.. :)

    ReplyDelete
  3. jangankan hero akk.. sy ni pun yg sgt suka dgn nasi grg kg yg mebeles tu hehe... tak sah nasi grg kg kalo xde kangkung kan? sedapnya...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. bestnya..lagi ada tomato dan timun..sayur pebret ku..

      Delete
  5. Oooiii! Mabeles, ye? PH setuju, bila tengok jer resipi memang setuju lah! Nenek PH dulu pun suka letak kangkung dalam nasi goreng. Taugeh pun dia letak gak, tapi PH masa kecik dulu tak suka taugeh. Mesti cuba resipi Nor nanti. Ok, nak gi beli ikan bilis :)

    ReplyDelete
  6. Mmg mabelessss la k.nor...tambah lg letak kangkung hasil tanaman sendiri..mmg rajin la k.nor ni..

    ReplyDelete
  7. lama tak makan nasi goreng kampung..menyelerakan..

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum kak
    MasyAllah gojes nya kangkung akak

    Alhamdulillah,tahniah kak tgn sejuk :)

    ReplyDelete
  9. salam kak nor..wahh menarik ni..boleh la saya menerai...thanks a lot sbb kongsi hehehe

    ReplyDelete
  10. Count me in kak! My most fav nasi goreng ever!!! Kalau gi Pelita Nasi Kandar or any Malay restaurants, mesti mintak NGK! :D

    Ikan bilis lebih please kak :)

    ReplyDelete
  11. tq all for the comments ya.. mmg sedap nasi goreng kampung ni, bukan la nak puji lebih2 tp hakikat hehe.. hero bongsu tu duk ulang sebut jer sampai hari ni nak nasi goreng ni lagi.. hehe

    ReplyDelete
  12. sblm ni, masa sy wat, sy xbuh gula.. nk try buh gula plak lah.. nk try resepi k.nor lak.. :D

    ReplyDelete
  13. Hi kak nor.. dah try.. memang mabeles! Bawak pegi ofc pagi ni licinnn! Tq for d recipe

    ReplyDelete