f Secubit Garam: AYAM PANGGANG KERISIK

N3 Terkini

Tuesday, December 18, 2012

AYAM PANGGANG KERISIK

ASSALAMUALAIKUM...

Lama betul tak buat resipi ni. Masa duk belek2 senarai resipi ayam kat lebel nun sbb nak cari idea nak masak, terpandang resipi yg dah dibuat berkali2 dulu ni. Dah lama sgt tak buat, dan asyik nak menerai resipi baru, sampai terlupa kat resipi yg best ni.


Resipi dari Jun JC (dah lama tak dengar citer ttg Jun, blog dia pun dah diprivatekan.. tak dpt lg skodeng resipi best2 dr Jun.. huhu.. mudah2an Jun sekeluarga sihat walafiat hendaknya..) 

Bagi yg tak pernah cuba resipi ni, jom la cuba ya.. insyaallah sedap, menjilat jari lagi.. K.Nor pernah dah buat dulu, kat SINI. Dan pernah gak buat versi goreng, kat SINI.. Dua2 sedap ya.. Kalau buat paste dia lebih, simpan aje kat freezer. Time nak guna, senang... paste dah ready, kannnn :)


AYAM PANGGANG KERISIK 
resipi : JC
sumber K.Nor@SecubitGaram

Bahannya:
5 keping leg quarters ( atau guna sekor ayam berat dlm 4 pound dipotong)
3 sudu besar kerisik*
2 btg serai*
6 ulas bawang putih *
3 ulas bawang kecil*
2 sudu besar pes halia*
2-3 btg cili merah atau 2-3 sudu besar cili kisar* ( kalu nk lg pedas bole tambah lada kecil)
2 sudu teh serbuk ketumbar*
1 sudu teh serbuk jintan manis*
1 sudu teh serbuk kunyit*
2 sudu teh garam*

Caranya:
Kisar semua bahan2 yg bertanda*. kepingan ayam dikelar2 kemudian campurkan bahan kisar dgn ayam dan gaul rata (sumbat2 marinate dlm kulit ayam).Perap kan selama 1-2 jam. Panaskan oven atau grill pd suhu 400'F. bakar selama 1 jam 15 min atau hingga masak dan golden brown ( kulit ayam jadi ranggup)..

6 comments:

  1. nampak macam rendang pun ada, sedap ni makan dengan nasi panas-panas..

    ReplyDelete
  2. yelah kak nor.. nampak mcm rendang.. tp cara masak lebih mudah sbb dipangang je dlm oven... tak letih tangan nak kacau.. hee..

    ReplyDelete
  3. salam kak nor..sedap nye menu...semalam dh makan ayam,hari ni menu simple je..buat pasta...harus cuba ni..

    ReplyDelete
  4. arini masak lauk ayam gak, tapi masak tomyam je paling mudah...padahal tadi pun pening tak tau nak masak apa..lenkali nak cuba resepi ayam panggang kerisik ni pulaklah..nmpk menyelerakan sungguh..tq K.Nor..

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa, suka sngat dgn menu mcm ni : )

    ReplyDelete