f Secubit Garam: AYAM GORENG KETUMBAR

N3 Terkini

Wednesday, December 26, 2012

AYAM GORENG KETUMBAR

ASSALAMUALAIKUM...

Setelah hujan berhari2 tanpa henti dan mengakibatkan banjir di sana sinun, kawasan padang sekeliling rumah K.Nor pun dinaiki air, akhirnya matahari mula memancarkan sinarnya pagi ni walaupun tak seterik biasa... ALHAMDULILLAH... semoga cuaca semakin baik dan banjir yg melanda di mana2 tempat juga pulih hendaknya.. amiin...


Kita layan menu simple jer arini ya.. plan nak masukkan menu tertunda yg lain tp banyak pulak kerja nak kena taip resipi sdgkan pagi ni masa free tak banyak.. Insyaallah akan dimasukkan satu hari nanti..

AYAM GORENG KETUMBAR

Bahan2:
1/2 ekor ayam ~ dipotong
3 ulas bawang putih
1/2 in halia
1 in lengkuas
2 batang serai
3 sudu besar + 1 sudu kecil ketumbar biji ~ disangai (goreng tanpa minyak)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam 
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar cuka
sedikit air
garam
minyak

Cara:
Kisar 3 sudu besar ketumbar biji dengan pengisar kering hingga halus. Ketepikan.
Bawang putih, halia, lengkuas dan serai ditumbuk.
Kemudian masukkan 1 sudu kecil ketumbar biji dan tumbuk lagi sekadar pecah2 sahaja.
Masukkan bahan tumbuk, serbuk ketumbar yg dikisar tadi, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serbuk jintan putih dan garam serta cuka ke dalam sebuah mangkuk/bekas dan gaul sebati.
Masukkan sedikit air utk menjadikan bahan2 tadi seperti paste.
Lumurkan kepada ayam dan perap lebih kurang 1 jam.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak/garing.
Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas2..


14 comments:

  1. Amin... semoga semuanya selamat yer K.Nor... sedap nmpk ayam goreng tu... tak payah lauk lain dah...meratah pon sodap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. mekasih gee.. skrg ni air dah surut, cuaca dah makin elok.. matahari pun dah memancar walau hujan berangin turun gak sekali sekali.. alhamdulillah.. semua nikmat Allah yg tak terhitung kan..

      anak2 k.nor suka ratah gitu jer gee :)

      Delete
  2. Salam k.nor,

    Adusss ...nampak ayam k.nor ni terus lapar,lunch time lambat lg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam k.nita.. jgn lunch lewat2 nanti perut masuk angin :)

      Delete
  3. Replies
    1. dan penambah timbangan berat badan hehe

      Delete
  4. Ayam goreng memang peberet si teruna saya ni kak nor.. boleh cuba lak resepi k.nor ni.. sedap jer tengok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 mmg suka ayam goreng gini yati.. try la smoga kena dgn selera ya..

      Delete
  5. Salam Kak Nor,
    Sedapkan goreng ayam macam ni...kadang2 saya saja beli hati dan hempedal ayam lebih sikit pastu goreng ketumbar...sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap nak2 bila meratah time panas2 tu :)

      Delete
  6. memang best cuaca sejuk2 makan ayam goreng..nyum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk2 syok hirup kuah sup panas la faa :)

      Delete
  7. Nor, kena tambah nasi ni. PH teringat masa musim tengkujuh kat KT, sebab sejuk punya pasal selalu je lapar :)

    ReplyDelete
  8. hi...salam perkenalan dan selamat tahun baru... menarik dan cantik blog u ni..suka sengat dapat belajar macam2 masakan..tgvm!!!. feel free visit my blog dan follow me.. www.azlinsafena.com tq

    ReplyDelete