f Secubit Garam: YUMMILICOUS BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING WITH CHOCOLATE SAUCE

N3 Terkini

Friday, December 21, 2012

YUMMILICOUS BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING WITH CHOCOLATE SAUCE

ASSALAMUALAIKUM...

Wahhhh.. Tajuk gempak gitu... kan... Tapi sememangnya puding roti yg dinikmati semalam teramat sedap, tambah lagi dgn penggunaan roti butterscotch gardenia dicampur dgn sedikit roti coklat kismis juga gardenia mari.. dan dimakan lak dgn sos coklat yg enak bangat! Bila dimakan suam2 panas perghhhhhhhhhh.. nyaman.... Cik abe yg kurang sket bab puding roti pun boleh angkat ibu jari tau hehe..


Kebetulan ada lebihan roti butterscotch dan dua keping roti coklat kismis, tak ada yg nak tulun perabiskan. Jadi K.Nor godek la buat puding roti ptg semalam. Pastu terasa nak makan dgn sos coklat.. gugel punya gugel banyak resipi sos coklat. Memang ada banyak yg versi simple bahan2nya tp K.Nor tertarik dgn satu resipi kat SINI. Kebetulan ada lebihan whipping cream dlm freezer, so K.Nor cuba la guna resipi tu.

Tapi kan, masa duk godek sos coklat tu, nampak cam pekat jer sbb sikit sgt sukatan WC. So K.Nor double up sukatan WC tp masih nampak pekat gak. Pastu K.Nor tambah sket air dan hasilnya just nice! Rasa sos tu pun sangat sedap, lebih sedap dr yg dlm botol tu... alaaa.. si hershey tu.. hehe Whipping cream yg K.Nor guna adalah brand VIVO.. ia dah pun manis jd K.Nor cuma letak sedikit jer gula (K.Nor skip penggunaan syrup glucose spt yg dinyatakan dlm resipi asal) Alhamdulillah.. berbaloi mencuba resipi ni.. Memang sedap!! Lepas ni boleh buat makan dgn PANCAKE!!! ^_____^


PUDING ROTI BUTTERSCOTCH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
10 kpg roti butterscotch Gardenia ~ atau boleh guna roti sandwich biasa
2 kpg roti coklat kismis Gardenia ~ optional
500ml susu fresh
1 sudu besar gula halus
4 sudu besar butter
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit coklat chip

Cara:
Roti dicarik-carikkan dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah mangkuk yg lain dan kacau hingga sebati.
Kalau masih ada butter yg berketul, biarkan aje.. nanti akan cair dlm proses membakar.
Tuangkan adunan ni ke dalam mangkuk yg berisi roti td dan gaul hingga sebati.
Biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Sapu loyang atau mangkuk tahan panas dgn butter.
Tuangkan setengah dari adunan ke dalamnya dan tabur coklat chip secukupnya.
Kemudian masukkan baki adunan ke dlm mangkuk tadi. (boleh juga jika ingin tabur sedikit lagi coklat chip di atas adunan puding)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan dgn CHOCOLATE SAUCE*.



CHOCOLATE SAUCE
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
150 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
100 ml whipping cream ~ k.nor guna VIVO
25 ml air
1 sudu besar gula castor
1 sudu besar mentega
secubit garam  ^__^

Cara:
Panaskan whipping cream dan air dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 pada tepi periuk.
Masukkan gula dan garam, kacau hingga keduanya larut.
Perlahankan api dan masukkan coklat masakan dan mentega.
Kacau sekejap dan padamkan api.
Teruskan mengacau sehingga kesemuanya sebati.
Biarkan sejuk sedikit baru lah dihidangkan.

* chocolate sauce ni akan kelihatan cair masa mula2 masak sbb manis panas..

15 comments:

  1. choppp! komen terawal.. hehe..
    sedap nyer kak nor... mmg yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee.. nah adiahnya sesuap puding roti yg enak bangat nih hehe

      Delete
  2. Uih! Dapnyaa. . Lama x bwt puding roti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cpt buat! ehh tunggu balik kerja dulu :)

      Delete
  3. Salam singgah dan perkenalan..biasa dik baca je,kali ni nak tinggal jejak..memang sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.. mekasih sudi bersuara.. :)

      Delete
  4. Replies
    1. heheh sampai termimpi2 tu.. kena buat la kalau gitu :)

      Delete
  5. Nor, butterscotch memang sedap kan? Bread pudding ni perfect untuk siapa-siapa yang celebrate krismas. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh betul gak kan.. tp nor tak celebrate krismas.. so PH jer la buat :)

      Delete