f Secubit Garam: SAMBAL IKAN BILIS

N3 Terkini

Thursday, December 20, 2012

SAMBAL IKAN BILIS

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya ramai yg dah tau membuat Sambal Ikan Bilis kan tp K.Nor nak share juga satu resipi atau kaedah yg K.Nor selalu buat bila masak SAMBAL IKAN BILIS. Kalau kebiasaannya kita blend bahan2 spt bawang besar/merah, apa kata ubah cara sket. Hiris bawang2 yg digunakan pastu goreng dulu hingga layu kekuningan pastu baru dimasukkan bahan2 lain .. Insyaallah, sambal kita lebih sedap dan lebih terasa 'kemanisan' bawangnya tu.. 

Roti Canai Instant jer ya.. Care to join?? ^____^

Sambal Ikan Bilis mmg versatile kan.. Boleh digandingkan dgn pelbagai hidangan spt nasi lemak, nasi putih, dimakan dgn lempeng, ubi kayu rebus.. makan dgn roti canai pun best!! 


SAMBAL IKAN BILIS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
200 gm ikan bilis
3 - 4 biji bawang besar ~ bergantung pd saiz
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ ditumbuk
3 sudu besar cili mesin
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap manis
1 1/2 cawan air
air asam
sedikit gula
garam ~ jika perlu
minyak

Cara:
Bawang dihiris nipis kemudian digoreng dlm minyak yg dah dipanaskan.
Goreng bawang hingga layu kekuningan dan masukkan bahan tumbuk.
Goreng lagi hingga terbit bau dan masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam. Kacau.
Biarkan hingga garing dan masukkan 1/2 cawan air.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan kicap, air asam jawa dan 1 cawan air.
Biarkan merenih seketika, kemudian masukkan ikan bilis.
Masak hingga kuah pekat, perasakan dgn gula dan garam jika perlu.
Angkat dan hidangkan.




9 comments:

  1. ini makan dengan ubi kayu rebus pun ok nih..

    ReplyDelete
  2. Rajin pulak akak menghiris bawang tu ye.. saya kalau buat sambal ikan bilis ni hiris bawang besar jer ... nampak sedap sambal ikan bilis k.nor tu :D

    ReplyDelete
  3. sy pun kalau buat smbl ikn blis, grg bwg dulu baru masukkan bhn lain :)
    lepas tu tumis sambal smpi garing supaya blh thn lama..

    ReplyDelete
  4. masak banyak2 pastu masak sampai kering..boleh simpan bawak balik hostel kan?agak2 brapa lama tahan?makan nasi kosong n telor dadar pon sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah bertahan lama sbb kejap jer licin :)

      Delete
  5. sambal bilis ni buat gaya mana pun pasti sedap.. mmg kena sgt gandingkan dgn roti canai tu...

    ReplyDelete
  6. kak, i suka sambal macam ini..hope to try it someday too! thanks!

    ReplyDelete