f Secubit Garam: Marble Chocolate Rolls 2

Sunday, August 2, 2009

Marble Chocolate Rolls 2

Buat lagi... :)

Okey, kali ni kita tengok cara2 nak buat Marble Chocolate Roll pulak ya.. Resipi asal dr Noreen. Kalau nak resipi dan nak tengok cara asal yg Noreen buat boleh tengok kat sini ya.. Yg K.Nor tunjukkan kat bawah ni, adalah cara K.Nor buat. Terpulanglah pd masing2 nak ikut yg mana.

1. Canai doh menjadi bentuk rectangular spt di atas. Letakkan choc. paste ditengah2 doh roti.

2. Lipat bahagian tepi kiri doh ke tengah, menindih choc paste dan kemudian lipat bahagian kanan doh ke atas doh yg kiri td.

3. Canaikan doh yg dilipat td menjadi bentuk rectangular sekali lg.

4. Ulang step yg ke 2.

5. Canaikan sekali lg dan kali ni hendak lah berhati2 masa mencanai, kerana doh makin menipis dan choc paste pun mmg nak tembus jer.. (yg K.Nor punya pun dah tersengih jer tu)

6. Gulung doh yg dah dicanai td menjadi bentuk swiss roll. Potong doh dgn pisau tajam kepada beberapa potongan mengikut luas loyang yg nak digunakan.

Kat sini K.Nor tinggal satu step yg Noreen ajar iaitu sepatutnya membulatkan doh yg dah dipotong td sebelum masukkan kedalam loyang. Terpulang la nak buat yg macamana ya.. (Tak leh nak bulatkan sgt dah sbb sememeh sgt jadinya doh tu dgn choc. paste). Susun atur doh dlm loyang yg dah digriskan dan biarkan doh naik 2x ganda sebelum dibakar.