f Secubit Garam: Air Asam Istimewa

N3 Terkini

Thursday, August 20, 2009

Air Asam Istimewa

Resipi air asam yg dipadukan dgn Ikan Pari Bakar ni dr Bee@MyR yg kini dah jadi surirumah sepenuh masa. Sedap air asam ni, rasanya dah ramai yg mencuba. Bee, nak C&P resipi tu kat sini ya tq..

Air Asam Istimewa ~ Bee
  • 10 bji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 2 sb kerisek
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam (secukup rasa)
  • Belacan (sebesar ibu jari) - bakar dulu.
  1. Tumbuk cili api, cili merah dan belacan hingga hancur.
  2. Bawang besar & tomato - potong dadu.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan no (2) dalam satu mangkuk. Masukkan air asam jawa dan kerisek.
  4. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa.

2 comments:

  1. kak nor,kenapa kita kena bakar dulu belacan tu?

    ReplyDelete
  2. shaqirah >> boleh aje kalau tak nak bakar dulu belacan. sesetengah org yg kuat resdung/alahan bila makan belacan, ok bila dibakar dulu belacan. tp yg pentingnya bila kita bakar, belacan ni bau dia lebih wangi.. so masakan/sambal/air asam kita lebih sedap..

    ReplyDelete