f Secubit Garam: Udang Lada Hitam

N3 Terkini

Thursday, August 6, 2009

Udang Lada Hitam

K.Nor pantang kalau org tayang lauk udang, nak2 lak resipi baru. Cepat jer rasa nak try. Ni resipi terbaru Dayang Jack, yg selalu dgn idea baru, menghasilkan resipi2 baru. Memang suka benor try resipi Dayang ni, cuma resipi kek2 lapis jer belum sampai seru nak try .. hehehe


Udang Lada Hitam

bahan-bahan :
  • 300 gm udang basah (digoreng/direbus separuh masak terlebih dahulu)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sdt sos tiram
  • 1 sdt sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sdt serbuk lada hitam (kalau xda, guna biji lada hitam dan ditumbuk)
  • 4-6 biji cili padi (diketuk)
  • bahan-bahan hirisan : daun bawang, daun ketumbar, daun sup, cili benggala.
Cara-cara :
  1. Gaulkan udang bersama kicap pekat dan lada hitam. Perapkan selama 10 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali, tumis bawang putih hingga perang.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, cili padi dan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar.
  4. Masukkan udang, bawang besar dan kicap manis. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan bahan2 hirisan dan kacau lagi hingga wangi.
  5. Hidangkan setelah masak.
***tak cukup rasa, boleh tambah sos cili, garam dan kicap. adjustlah mana2 perlu. Selamat mencuba!



Okey, ni menu hari ni.. Kakyu, nak join tak? Cepat basuh tangan dan baca doa ya.. hehehhe

2 comments:

  1. sedapnya udg ld itam tu kak..!!! lg lwn ngan sayur kcg pjg msk lemak. terangkat!!!

    ReplyDelete
  2. ain >> memang terangkat! :)

    ReplyDelete