f Secubit Garam: Sotong Goreng Beriani

N3 Terkini

Friday, August 14, 2009

Sotong Goreng Beriani

Hasil selongkar dapur Ummi Kuantan terhasil lah Sotong Goreng Beriani. Biasa la nak mencuba sesuatu kelainan dlm masakan kan. Tak kan la asyik dgn sambal sotong, sotong masak tomyam, kerabu sotong, kari sotong... kita buat la yg tak pernah buat lagi.. kan Ummi kan..

Ummi, tak marah kan, Nor nak C&P resipi sotong ni kat sini.. mekacih ya........

Sotong Goreng Beriani
  • 500 gm sotong - potong ikut suka, xnak potong pun xpa
  • 4 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1/2 inci halia - ditumbuk
  • 1/2 inci kunyit hidup - ditumbuk
  • 1 camca besar serbuk cili
  • 1/2 camca besar serbuk ketumbar
  • 1 camca besar rempah beriani
  • 1 camca kecil sos ikan
  • 3 batang daun kari
  • 1 biji karot - potong ikut suka
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • 5 camca besar minyak
  • 1 bj tomato ~ yg ni K.Nor tambah

Cara Memasak:-

  1. Jerangkan 2 cawan air dalam periuk hingga mendidih dan masukkan sotong. Biarkan selama 2 - 3 minit. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan tumbuk hingga garing.
  3. Masukkan semua rempah dan sos ikan, gaul rata.
  4. Masukkan sedikit lagi air, daun kari, karot, garam dan sotong. Kacau hingga sebati dan sehingga karot lembut.
  5. Masukkan tomato dan kacau2 kejap.
  6. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.


5 comments:

  1. Sotong tue geramnye!!! kak nor nie selalu tayang yg best2 lah!!!

    ReplyDelete
  2. mak aaiii...sedapnya kak. lawa pulak sotong tu dok dlm pinggan tu haa..adehhh..lapooooo!!!!

    ReplyDelete
  3. ijan >> iyer ke? akak tengok ijan tayang lagi best dr akak punya tau.. :)

    ReplyDelete
  4. ain >> lapar ya.. meh sini kita makan :)

    ReplyDelete
  5. Aah...kan, kan..hehe...mintak sekor sotong laah...upah C n P eh Nor, boleh? heheee...Selera la dia makan eh... :D

    ReplyDelete