f Secubit Garam: Puding Buih

N3 Terkini

Sunday, August 23, 2009

Puding Buih

Selamat berbuka puasa semua.. Dessert utk hari ke2 puasa, Puding Buih. Kali ni saja buat 2 kaler tp bila letak kuah, tak nampak sgt yg kaler pink tu.. Yang atas tu sebenarnya kaler oren, tp dlm gambar cam kuning la pulak.. Tak per la ya..

Sapa nak makan... jom.. kita menyejukkan anak tekak..

Puding Buih
  • 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
  • 1.75 liter air
  • 9 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan ~ disimpul
  • 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
  • 1 tin fruit cocktail ~ optional
  • pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
  • UTK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air (guna tin susu cair)
  • 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
  • 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
  • 1/2 sudu kecil garam
  1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
  2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
  4. UTK MEMBUAT KUAH:
  5. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
  6. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
  7. **Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..

8 comments:

  1. adusss...sedapnya bila masuk tekak!!!!

    ReplyDelete
  2. sedapnya tambahan pulak jika ianya sejuk...

    ReplyDelete
  3. alahai.... terliur betul tgk puding buih ni... rajin betul kak nr ni tau

    ReplyDelete
  4. anne, ain, CManggis >> mmg sedap nak2 bila makan sejuk.. nyaman..

    lia >> dah anak2 request lia, k.nor buat aje la sementara angah k.nor tu masih belum balik ke asrama..

    ReplyDelete
  5. perghhh... teringin nak buat tapi x der agar2 lak...posa2 ni malas nya nak jalan kaki ker kedai hehehe. sedapnya nor terliur dah ni.

    ReplyDelete
  6. alamak kak tak terhambat ghasenya ,ingat nak memuding semlm Zam tak nak sbbnya sejuk ujan seharian,sy tumpang umah akaklah ye

    ReplyDelete
  7. CT >> tak per, masuk list dulu, ramadhan baru jer 3 hari :)

    Mimi >> awat tak terhambat ni, naik apa? beca ke? hehe meh la mimi..

    ReplyDelete