f Secubit Garam: Hari mengangkut Kad2

N3 Terkini

Wednesday, August 19, 2009

Hari mengangkut Kad2

Penat wehhh hangkut kad2 arini.. Betul2 hari mengangkut kad2. Rasanya dah abis amik yg org suruh amik ni, tak tau la kut2 ada yg terlupa. Kut2 ada yg tertinggal dan tak ingat nak amik, tolong remindkan balik ya.. K.Nor nak bg gak utk semua org tapi kena tunggu dulu, tak sempat nak cetak lagi. Tunggu ya adik2 dan kakak2 serta teman2 ya.. Insyaallah sebelum puasa siap la tu :)

TQ buat semua yg baik hati menghulurkan kad2 sempena menyambut bulan yg penuh barakah, bulan Ramadhan yg mulia. Dan juga sekeping kad tanda persahabatan dr Mizan.

Subahanallah... Indahnya ciptaan Mu, dgn kaki langit yg penuh warna warni dan bulan yg tergantung tanpa tiang/pasak...

Yang dua kat atas ni dari CTZura. Simbolik tu dgn gambar Al Quran. Marilah kita perbanyakkan membaca Al Quran di bulan yg menjanjikan pulangan berganda bg setiap huruf Al Quran yg kita baca. Apatah lg kalau dpt membacanya pd malam Lailatul Qadar, dgn 1000x ganda pahala... Maha Suci Allah yg amat pemurah..

Sama gak dgn kad dr Noorsha ni, tasbih itu mengingatkan kita supaya lebihkan zikir mengingati Allah. Setiap sebutan zikir dr kita, sepohon pokok utk kita tumbuh di taman syurga kita nanti..

Kad dari CTDelima dgn warna hijau yg tenang mata memandang. Jgn fobia dgn warna hijau kerana dlm Al Quran berulang kali disebut ttg warna2 hijau yg ada di dalam syurga spt pokok2 yg hijau, tembolok burung yg hijau, batu2 permata berwarna hijau serta pakaian penghuni syurga juga ada berwarna hijau yg berlapis2, nipis dan lembut dr sutera. Nanti bila kita nak balik berjumpa dgn Allah juga kita akan dibaringkan atas daun pisang yg berwarna hijau bukannya daun lain spt biru atau merah ...
Juga ttg kad CT ni membawa pengertian yg cukup mendalam (Hunt The Blessing Night) pada pendapat K.Nor iaitu mencari malam yg penuh berkat Malam Lailatul Qadar. Mudah2an kita semua dpt mememukan malam yg lebih baik dr seribu bulan tu dan dpt memperbanyakkan amalan dan ibadat kita pd malam tersebut ... amiin........


Yg ni kad persahabatan dr Mizan, semoga persahabatan alam maya kita semua bertambah subur hendaknya..

Erm........ sori la ya sesi tazkirah sket di pagi Rabu. Tak salah kan, kalau kita saling ingat mengingati. Lagi pun kita disuruh berpesan2 dijalan kebenaran dan kalau ada yg terasa tu ampun dan maaf K.Nor pinta. Sesungguhnya kita sebagai manusia tak lari dari kesilapan dan tak ada satu pun manusia yg perfect melainkan nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w...

3 comments:

  1. ingat mengingati tu kan dh jd tuntutan. betul tak kak.

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK utk kak Nur sekeluarga juga!!!

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat Nor sekluarga.

    ReplyDelete
  3. ain >> betul3..

    CT >> terima kasih, slmt menyambut ramadhan juga buat CT dan famili

    ReplyDelete