f Secubit Garam: Patin Stim 3 Rasa

N3 Terkini

Saturday, August 22, 2009

Patin Stim 3 Rasa

Resipi asal adalah Ikan Siakap Stim 3 Rasa dr Chef Norzailina Nordin ni, K.Nor dpt kat rumah Ummi Kuantan. Ampun ya Ummi, Nor geledah dapur masa tuan rumah balik kampung hehe... Dalam duk mencari resipi ikan stim, terjumpa resipi ni. Tanya Cik Abg, nak guna resipi yg mana satu, samada resipi ni atau satu dr resipi ikan kukus kat MyR, dia pilih yg ni. Memang berbaloi la masak resipi ikan stim yg ni, sebab sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap sgt. Kalau ada 5 ibu jari, mmg K.Nor bg 5 thumbs up la. Dah ada 4 jer, kena la bg 4 thumbs up. Memang K.Nor rekomen sgt resipi ni utk di cuba.. Try la ya, walau nampak cam banyak bahan2 atau kerenah, tp mudah jer tu. Main cicang dan hiris pastu tumis jer.. Ikan tu cuma perlu kukus jer dulu.

Biasanya kita makan ikan 3 rasa yg digoreng kan, kali ni ikan tu kita perlu kukus jer. Ermmmmmm.... yummy sangat! Tq to Ummi dan Norzailina Nordin atas resipi yg mabeles ni..

Patin Stim 3 Rasa by Norzailina Nordin

Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum ~ yg ni K.Nor tukar ke sos cili thai sbb sos plum yillek :)
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis
  • 1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

4 comments:

  1. nengok bhn2 resipi pun dah tau gtee sedapp!!!

    ReplyDelete
  2. salam nor,cm ambik resepi ni,insyallah nak buat utk berbuka ptg ni..slmt berpuasa

    ReplyDelete
  3. sedap tu.Kita dah beli ikan siakap, nanti boleh mencuba-cuba ek.

    ReplyDelete
  4. ain >> mmg syok abis tau ain.. cuba la

    CManggis >> w'salam.. amik ler, nor amik yg org lain gak hehe

    gerau >> mmg sedap.. cuba la ya..

    ReplyDelete