f Secubit Garam: Jom Kita Solat Tarawikh ...

Friday, August 21, 2009

Jom Kita Solat Tarawikh ...

Salam Ramadhan buat semua.. Syukur atas limpah rahmat mu Ya Allah, kami diberi kesempatan bertemu lg dengan bulan yg penuh rahmat, penuh berkat, Ramadhan yg dinanti2kan..


Add ImageBermula dgn malam ni, sehingga tamat bulan Ramadhan kita semua diberi peluang untuk mencari sebanyak2nya ganjaran pahala oleh Allah Taala. Tidak kepada kaum nabi2 lain yg terdahulu. Jadi, marilah kita semua solat tarawikh tak kiralah secara berjamaah (yg lebih afdhal) maupun secara sendirian di rumah.



Updated ....


Bercakap bab solat tarawikh.. K.Nor ingin berkongsi cerita, rasa dan bahagia. Tiada niat nak menunjuk2, riak apatah lagi berbangga diri. Sebab apa yg K.Nor miliki ni adalah semua dgn limpah kurnia dari Ilahi..

Betapa bahagia dan syahdunya terasa tadi bila menjadi makmum pd anak kandung sendiri di surau perumahan ni. Tak dapat nak gambarkan perasaan ni, hanya tuhan jer yg tahu apa yg ada di dalam hati. Walaupun Naim tak menjadi imam pd solat tarawikh keseluruhannya kerana kesihatannya yg kurang baik (dia balik dr asrama td dlm keadaan batuk2 dan baru sembuh dr demam) itu dah cukup membahagiakan K.Nor sebagai seorang ibu. Sebak dan sayu terasa masa solat td. Alangkah bahagianya kalau ibu kandung K.Nor dpt berkongsi sama kebahagiaan ni.. Tahun lepas dia dah start menjadi imam bg solat tarawikh bila ada sebuah surau di sebuah kg kat Pasir Mas, Kelantan booking pelajar tahfiz yg dah khatam 30 juzuk ni. Dan bila pulang bercuti, dia bergilir2 dgn dua lg pelajar maahad tahfiz Padang Midin yg mana tinggal di kawasan perumahan ni.

Kebahagian yg K.Nor rasa ni tak dpt digantikan dgn wang ringgit atau emas berkilo di depan mata. K.Nor luahkan kat sini supaya suatu masa nanti anak2 K.Nor dah menganjak ke usia dewasa atau ketika itu K.Nor dah tak ada lg kat dunia ni, dia org tau camna perasaan seorang ibu yg tak mengharapkan balasan material dr anak2. Cukup la dia org berjaya dlm hidup, di dunia dan utamanya di akhirat. Berjaya menjadi anak2 yg soleh dan solehah, beriman dan bertaqwa.. amin...

Dan utk Naim..
Mak doakan 30 juzuk di dalam dada Angah tu dpt Angah kekalkan hingga ke akhir hayat Angah .. amin...