f Secubit Garam: Sedikit Info Untuk Kita Kongsi Bersama....

N3 Terkini

Tuesday, August 11, 2009

Sedikit Info Untuk Kita Kongsi Bersama....

Sekarang ni tengah menular wabak yg menggerunkan spt yg semua org tahu H1N1 kan.. Runsing gak sebenarnya bila memikirkan hal anak2 dan kalau kita sbg parent yg kena pun, runsing jugak. K.Nor terpanggil utk berkongsi sedikit info yg K.Nor dapat ni.

Ada yg menyuruh makan 6 bj epal hijau dlm sehari (boleh gak dibuat jus) di samping minum fresh orange. Ada yg mengesyorkan minum susu dan makan buah bila mula menghadapi simptom selsema, batuk, demam, sukar bernafas, sakit tekak dan sebagainya.

Disamping tu ada yg mengesyorkan makan buah kurma dan minum air zam zam. Manakala ada juga yg kata air kelapa (mungkin air kelapa muda) elok diminum bila terasa demam2 atau ada simptom2 kat atas. Air kelapa muda ni adalah penawar pelbagai penyakit. Selain dr minum air kelapa ni boleh gak digantikan dgn makan jelly kelapa.

Pokok pangkalnya kita kena berikhtiar sedaya mampu utk mencegah sebelum parah. Dan yg paling utama, bagi kita umat Islam digalakkan kita berdoa pd Allah pencipta alam ni. Supaya kita semua terutamanya suami dan anak2 kita, kaum keluarga terdekat kita dijauhkan dari wabak merbahaya ni. Mudah2an Allah menjauhkan bala ni dr tertimpa keatas kita semua..

Di bawah ni K.Nor letakkan doa yg K.Nor ambil dr laman web yg K.Nor rasa baik utk kita amalkan. Berdoalah.. kerana doa adalah senjata yg paling kuat dan Allah suka apabila hamba2nya meminta dan berdoa kepadaNYA..


Mudah2an Allah memakbulkan doa2 kita semua.. Aminn.. ya rabbal 'alamin...

10 comments:

  1. salam...

    Sesungguhnya semua penyakit itu datangnya dari ALLAH,sebagai hamba, kita hanya mampu BERUSAHA, MEMPERBANYAKKAN BERDOA, dan SETERUSNYA BERTAWAKKAL HANYA KEPADA ALLAH...dari ALLAH kita datang, kepadaNYA jugalah kita kembali...

    ReplyDelete
  2. betul... kita berusaha dan berdoa...

    ReplyDelete
  3. tq for sharing kak nor..usaha tuh penting,kan..

    ReplyDelete
  4. Risau kite bace kat internet pasal H1N1 nie sekarang ... adik2 kat pon ade 2 orang dok demam selsema+batuk... harap2 kita semua dijauhi dr wabak bahaya nie..amin..

    ReplyDelete
  5. yalah nor.. last week anak2 am smuanya demam, cepat2 giklinik bagi ubat, ok dah tapi yg kecik tu demamnya ulang2 pulak, 1 minggu gak x skolah, usaha juga bagai2 tapi la ni alhamdullilah dah ok. cuma bimbang kat skolah je.. time ni smua kena pakai topeng mulut..!

    ReplyDelete
  6. liza >> insyaallah, semoga kita semua selamat..amin..

    aymy >> yep..

    sue >> betul, jgn hanya berserah pd takdir semata2

    ijan >> yer ke, mudah2an dia org setakat sakit biasa2 jer ya.. amin...

    am >> bg minum air kelapa muda am.. disamping bg 100+

    ReplyDelete
  7. aida juga baca byk kat blog kawan2. ada juga cari-cari kat internet. pendek kata, buah2an ni kalu makan byk sememangnya kita sihat insya'Allah.
    kedua nyer, air suam tu memang kena amalkan tak kurang 8 gelas. supaya toksin dlm badan dpt dibuang melalui air kencing. ketiga, byk kan la bersenam agar peluh kuar...

    air kelapa? aida setuju. ari tu waktu nurin naik demam hingga doktor suspek denggi, terus atuk nyer suruh beli air kelapa. atuk nyer tawarkan air kelapa tu and mandikan. serta minum segelas... alhamdullillah dgn kuasa Allah dan berkat doa kpd Nya, dlm 24 jam terus demam nurin kebah. the next blood test da pun normal.

    ini pengalaman sendiri ni kak nor.

    ReplyDelete
  8. aida >> betul2.. banyakkan makan buah dan minum air suam . air kelapa mmg banyak khasiatnya, penawar semulajadi tu.. kalau jumpa org jual air kelapa muda, beli dan biarkan duk kat freezer sbg standby bila ada yg rasa nak demam2 tu, boleh minum tp biar dia cair dan ilang sejuk dulu la ya..

    ReplyDelete
  9. dapat informasi dara kakak saya di usa...menurut kawannya...orang islam di kepulauan thailand berubat cara bergini:rendam buah kurma dalam air kelapa...biar 1 jam kemudian minum airkelapa dan makan buah kurma tu...insyaallah...tak rugi mencubanya.

    ReplyDelete
  10. idah >> alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi berkongsi info.. insyaallah boleh dijadikan panduan utk org lain gak..

    ReplyDelete