f Secubit Garam: Ayam Gril Pedas

N3 Terkini

Thursday, August 13, 2009

Ayam Gril Pedas

Resipi asalnya menggunakan daging batang pinang (Daging Gril Pedas) tp K.Nor tukar kepada isi ayam. Saja jer la nak acu try test tukar2 bahan hehe.. Sedap tu tetap sedap tp kalau guna daging laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi sedap! Satu lg penggunaan daun pudina boleh ditukar ke daun ketumbar menyebabkan aroma dan rasa dish ni lagi mengancam.


Ayam Gril Pedas

1 potongan dada ayam (dari seekor ayam)
1 sudu besar kicap
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk

Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
Hiris isi ayam nipis2 dan ketepikan.

5 ulas bawang merah ~ dihiris halus
daun pasli/daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
daun ketumbar ~ dihiris
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
2 1/2 sudu besar air limau nipis
1 sudu besar serbuk cili kasar
cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris (tambahan jika suka lebih pedas)

Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
Masukkan pula ayam yg dah dihiris nipis2 td dan gaul hingga mesra.
Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.

6 comments:

  1. Aduss kak nor... gastrik tengok gambar ayam grill nehh.... tolong!!!!

    ReplyDelete
  2. Suka dtg melangut kat depan umah Nor...walaupun tak makan ayam....

    ReplyDelete
  3. tengok gambo je dah terliur giler dah ni. nak try..nak try nanti!!!bila tu ekh..??adoiiii

    ReplyDelete
  4. ijan >> jap eh nak call 911 heheheh

    watie >> cuba la makan, sedap..

    ain >> cuba la, tak rugi tau.. dah ramai kata sedap.. kalau ain suka daging, buat yg daging.. syok!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. sedap nyeeer. Tambah satu lagi resepi di bulan puasa. he he he

    ReplyDelete
  6. gerau >> masuk jgn tak masuk.. pasti sedap tu makan masa berbuka..

    ReplyDelete