f Secubit Garam: Udang Goreng Berkunyit

N3 Terkini

Tuesday, August 18, 2009

Udang Goreng Berkunyit

Kebetulan betul arini, plan dr pagi td nak buat resipi udang goreng berkunyit Love ni, dpt pulak card dr Love. Ni bukan nak bodek ya Love.. hehe Suatu kelainan dlm masakan udang walaupun cara simple hanya goreng berkunyit tp dgn penggunaan daun kunyit tu yg membangkitkan selera. Kalau tak caya, cuba la... sedap tau! Love, K.Nor C&P resipi tu kat sini ya...

Udang Goreng Berkunyit
  • 400gm Udang besar (bersihkan...nak berkulit pun ok)
  • 6 ulas Bawang putih (cincang)
  • 5 biji Bawang merah (cincang)
  • 1 biji Bawang besar (hiris)
  • 1 biji Cili merah (hiris)
  • 5 tangkai cili padi - diketuk (optional)
  • 2 helai Daun kunyit (potong ikut suka)
  • 1/2 st Serbuk kunyit (tambah dan kurang ikut suka)
  • 1/4 st Serbuk lada hitam
  • 1/4 st Serbuk lada putih
  • 1 biji Limau nipis - ambil jusnye (boleh guna lemon)
  • 1 inci Halia (potong 6)
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak

  1. Gaulkan udang yang telah dibersihkan bersama sedikit garam dan halia. Perap selama 15-20minit. Gorengkan udang dalam minyak secukupnya hingga keemasan, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan bawang merah, cili merah dan cili padi. Kacau.
  3. Tambah serbuk kunyit, daun kunyit, garam dan sedikit air. Kacau sebentar dan tambahkan serbuk lada hitam dan putih.
  4. Masukkan udang dan gaul sebati. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis tadi. Gaul.

7 comments:

  1. ayu jer udang tu berposing..mcm kesejukan pun ada.. nor, ita baru je mkn udang malam tadi tp udang pepper je. menghabiskan stok udang yg ade. nampak udang nor tu mcm sedap sgt!!! leh try lak resepi ni lepas ni...hehehe..

    ReplyDelete
  2. KakNor...pasti Hubby Love happy klu tgk udang kakNor nih coz resipi ni fav dia...selalu hubby yang masak tuk Love. hehe ;) tenkiu kak!!! ;)

    ReplyDelete
  3. azita >> ayu ke tu.. hehe mcm2 la ita ni.. try la.. wangi jer bau daun kunyit tu..

    Love >> untungnya ada cik abg pandai dan rajin masak.. :)

    ReplyDelete
  4. salam kak nor...
    kalau lauk udang, masak apa pun memang abiss ^-^
    goreng camni lagi sodap wpun x nasi...

    ReplyDelete
  5. K Nor, terbau2 semerbak wangi udang with daun kunyit nie... kadang2 goreng telur dadar pon aymy letak daun kunyit nie... wangi jer...

    ReplyDelete
  6. Guna daun kunyit ye kak Nor... emm.... macam best! Selamat berpuasa utk KakNor & famili :)

    ReplyDelete
  7. liza >> w'salam.. betul2.. ratah lg syok :)

    aymy >> mmg wangi kan.. ermm boleh try gak tuh

    ijan >> mmg best ijan, try la .. slmt berpuasa gak utk ijan, larat ke puasa tu :)

    ReplyDelete