f Secubit Garam: Roti lagi.. lagi2 roti hehe

Sunday, August 2, 2009

Roti lagi.. lagi2 roti hehe

Hari ni mmg mengamuk sakan buat roti.. Kalau boleh nak cuba mcm2 gaya, mcm2 pesen tp next time la pulak ya.. Ni pun nak stori mori pun rasa tak larat sgt dah.. esok la sambung cerita ceriti dan K.Nor akan tunjuk the making, camna nak membentuk roti2 yg K.Nor buat hari ni. Pada yg tak tau dan nak belajar tu, harap dpt bersabar ya.. Insyaallah lewat tengahari atau awal petang esok K.Nor tayang, sbb cam biasa lah, pagi Isnin K.Nor ada kelas... adeh... bantal dah memanggil.. cik abe tak panggil lagi tu, sbb cam biasa, dia pun duk ngadap 'apple' dia tu.... :)

Jom kita belajar membuat roti bunga. Ilmu membentuk roti bunga ni K.Nor dpt dr blog Ibusha. Jadi, kita kongsi2 lak ilmu ni ya.. Yg ni K.Nor letak inti choc. paste dr Marble Choc. Roll Noreen. Kalau nak letak inti paste kacang merah pun boleh ya..

Bulatkan sedikit doh (lebih kurang 40gm). Leperkan dan letak inti/paste kat tengah2.

Tutup rapat2 doh dan bulatkan spt kita nak buat bun atau pau.

Canai menjadi bulat leper dan hati2 , jgn sampai pecah terburai inti.

Dgn menggunkan doh cutter atau pisau tajam, buat potongan spt dlm gambar. Angkat dan letakkan dlm loyang .

Twist/pusing setiap kelopak sehala jer hingga habis semua kelopak.

Tekankan setiap kelopak dgn ibu jari (ibu jari tangan ya...bukan ibu jari kaki tau) :D
Biarkan naik 2x ganda.

Dengan menggunakan penutup botol air, tekan kat tengah2 doh. Kalau tak tekan, nanti tak membentuk roti bunga, jd cam kat gambar dibawah sekali.

Kat tengah doh yg ditekan tu, boleh la diletak apa2 yg disukai spt cincangan badam, choc chips, choc rice atau cherry.

Sebenarnya idea menghasilkan bun ni, K.Nor ceduk dr Chocolate Swirl Bun by Noreen. Cuma K.Nor tambah sket dgn menganyam jurai2 doh tu..

Mula2 buat spt step roti bunga (gambar 1, 2 dan 3) tp menggunakan doh roti yg lebih sket dr doh roti bunga. Pastu potong2 spt dlm gambar. Ada kesilapan teknikal sket kat sini, K.Nor potong pendek sgt, jd bila lepas menggulung, gulungan last tu tak duduk bawah bun. Sepatutnya kena potong pjg sket (lebih kurang sampai kat tengah2) Bila bun ni masak, ada bahagian yg terbuka. So kalau sesapa nak potong tu, sila ikut stail Noreen potong.

Pastu anyam bahagian yg dipotong spt menganyam tikar. Kalau tak pandai, tak payah anyam la, terus jer gulung.

Ambil bahagian atas doh dan gulung hingga ke hujung. Letakkan dlm loyang dan kemaskan. Biarkan naik 2x ganda baru la dibakar hingga masak.

Ni la hasil dr roti bunga yg tak ditekan tengah dgn penutup botol. Ia jd menggelembung jer. Lagi satu, kalau kita dah potong2 utk membentuk kelopak tp kita tak twist/pusing kelopak tu, ia akan jg cam tu la.. langsung tak ada bentuk bunga berkelopak. Tp rasanya ada gak bun kat kedai yg dibentuk cam gini kut.. Terpulang la, kalau dah sememeh, nak twist pun payah, buat ajer la jd cam atas ni..

Sori la ya.. gambar2 the making blurr dan tak memuaskan mata memandang, sbb tak dpt pakai khidmat kamera besor.. cuma pakai kamera tecik jer.. tu pun snap sebelah tangan, tangan kiri lak tu.. hehe