f Secubit Garam: Ikan Bersos Thai

N3 Terkini

Sunday, August 23, 2009

Ikan Bersos Thai


Resipi Ikan Bersos Thai ni K.Nor dpt hasil skodeng kat rumah Ummi Kuantan.. Rasanya resipi asal Ummi dpt kat rumah Che Mat Gebu. Ummi, mintak izin kopipes kat sini ya..
Bahan (resepi asal):-
1 ekor ikan bawal sederhana besar ~ K.Nor guna ikan talapia
1 batang serai - dititik
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
1 cm lengkuas - dititik
1 cm halia - dititik
3 biji bawang merah - dihiris
2 helai daun limau purut - dihiris halus
2 camca besar sos ikan
1 1/2 camca besar cuka makan
3 biji cili merah *
2 ulas bawang putih *
1 1/2 camca besar gula *
(bahan bertanda * ditumbuk lumat)
Cara Memasak:-
Ikan yang telah dicuci bersih, digaul dengan garam dan serbuk kunyit, goreng hingga garing. Angkat dan alihkan dalam pinggan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum. Masukkan bahan tumbuk tadi. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan bunga kantan. Masak sebentar hingga kuah agak pekat dengan api perlahan. Tak perlu masukkan garam dah. Tuang sos tadi atas ikan yang telah digoreng....

4 comments:

  1. Ikan tuh besor nye kak nor.. brape orang makan tuh? kite nak join cukup korum lg tak? heheh

    ReplyDelete
  2. ijan >> tak la besor sgt tp biasa la ikan talapia mmg nampak besor. 5 org makan tu ijan, kalau ijan nak spare sorang lg pun cukup :)

    ReplyDelete
  3. Uiihhh Nor, mengancam ikan tu kan...mmg best..tp dah lama x masak tu..nak join jugak boleh ke?

    ReplyDelete
  4. ummi >> udah abis la ummi.. kena wat sendiri ler.. :)

    ReplyDelete