f Secubit Garam: Ikan Singgang Serani

N3 Terkini

Tuesday, August 4, 2009

Ikan Singgang Serani

Resipi Ikan Singgang Serani by CMG. Mintak izin Che Mat,nak letak resipi tu kat sini.. TQ

IKAN SINGGANG SERANI
  • 2 ekor ikan kembung segar, bersihkan dan potong dua
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 1/2 cm lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 7 - 10 biji cili padi, kalau tak nak pedas boleh dikurangkan*(*ditumbuk jgn terlalu lumat)
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air dan tapis jusnya
  • 1 kiub ikan bilis "Maggi"
  • Sedikit garam dan gula (kalau suka)
  • 1 camca besar minyak utk menumis
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan2 ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air (anggaran 500ml, terpulang pada masing2). Biarkan mendidih.
  2. Masukkan serai, kiub ikan bilis dan garam serta gula (kalau suka). Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Bila menggelegak, tuang jus asam jawa. Masak 5 minit hingga ikan masak. Rasa garamnya. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas....sertakan dgn ulam2man dan sambal belacan.

4 comments:

  1. uishhhh sedapnyer nih kakkkk!! tapau boley??! wat dinner! ngeee...

    ReplyDelete
  2. ina >> dah bawak bekas tak? ke nak isi dlm plastik jer :)

    ReplyDelete
  3. singgang ni sedap tau nor.. family am semua suka, tapi mesti ada sambal belacan skali, baru terangkat.. seperiuk nasi pun x cukup!

    ReplyDelete
  4. am >> nor tak leh makan sgt la belacan, sportlight keluar! :) tu yg buat sambal tempoyak

    ReplyDelete