f Secubit Garam: Mee Kari

Thursday, November 4, 2010

Mee Kari

Wahhhhh... tak sangka sungguh!! N3 menu yg paling sempoi, yg awalnya K.Nor ingat tak ada sambutan... rupa2nya HANGAT gak weh... Tak sangka pulak ramai gak yg makan Nasi dgn Kuah Singgang berladung gitu.. hebat.. hebat! sampaikan org Singapore pun makan gitu gak ek.. hehe.. caya la Yat :) Dah la tu, jom kita ke n3 arini ya.. ^___^

Lamanyer tak makan Mee Kari. Sejak dua menjak ni mmg jarang2 sgt masak lauk2 bersantan. Kalau nak masak Mee Kari kena masak time Naim tak ada kat rumah. Dia kureng kalau lauk2 bersantan. Dia lebih gemar lauk air2, cam singgang, tumis air, sayur pedas dll. Kalau buat time dia ada, dia makan gak.. tapi tak bersungguh la. Kesian tengok dia kena perhabiskan mee kari tu, padahal dia kuat makan. Sbb tu kalau K.Nor dan yg lain2 nak makan mee kari kena time dia kat asrama. Rindu anak ku itu ...


Mee Kari ni K.Nor buat semalam. Siap ke pasar Chabang 3 pg semalam nak cari kerang. K.Nor suka kerang yg fresh dr beli kerang yg dah siap kopek yg beku tu. Rasa semacam jer kalau makan yg jenis gitu. Tak leh lalu kat anak tekak..

Mee ditimbusi gheter karun yg menimbun . ^___^

Mulanya ada 'sorang' tu, kata nak dtg rumah arini tp ntah camna tak sampai2 hihi.. Tak ada rezeki dia la nak menjamah Mee Kari K.Nor ni. Alhamdulillah.. ada sorang kawan rapat cik abg yg singgah rumah td, jd la rezeki dia. 

updated : special for Cik Tom@Tomato Gurl's Life & Ainonymous yg request resipi Mee Kari K.Nor ni. Slmt mencuba, semoga kena dgn taste masing2 ya.. *sukatan yg K.Nor buat ni agak banyak sbb K.Nor suka buat kuah banyak2 dan simpan 1/2 darinya dlm freezer. Next time nak makan, just panaskan balik, masukkan  ayam, udang, kerang dan sediakan bahan2 sampingan dan sedia utk disantap. Kuah yg nak disimpan tu tak perlu dimasukkan ayam/udang sebaliknya asingkan kuah sahaja sebelum masukkan bahan2 lain. Pastu 1/2 bahagian lg tu baru la dimasukkan isi ayam dll dan diteruskan proses masak.

MEE KARI K.Nor Style

Bahan2:
isi ayam, udang, isi kerang
fish/chicken ball
4 - 5 sudu cili mesin
5 - 6 sudu besar rempah kari
5 tangkai daun kari
3 sudu besar kicap
4 liter air
1 - 1 1/2 cawan santan pekat
air asam jawa
1 kiub pati ayam
sawi
garam secukupnya
1/2 sudu besar gula
minyak

bahan dikisar:
3 bj bawang besar
5 ulas bawang putih
1in halia

bahan sampingan:
mee kuning secukupnya
telur rebus
tauhu ~ digoreng dan dipotong
taugeh ~ rendam sekejap dgn air panas dan toskan (jgn lama2 nanti lecur)
daun saderi ~ dihiris
bawang goreng ~ jika suka
cili merah/cili padi ~ dihiris
limau kasturi/nipis

Cara2:
Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Tumis hingga garing.
Masukkan bahan2 yg dikisar dan goreng lg.
Bila hampir garing, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste.
Masak seketika.
Masukkan 1 cawan dr sukatan air dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daun kari dan kicap.
Bila rempah dah pecah minyak dgn elok, masukkan air.
Masak hingga mendidih baru lah dimasukkan santan pekat.
Perlahankan api dan masak lg hingga mendidih.
Masukkan air asam jawa, kiub pati ayam serta garam dan gula.
Renihkan kuah lebih kurang 1/2 jam.
Asingkan 1/2 dr kuah utk disimpan dlm freezer (biarkan betul2 sejuk dulu).
Baki kuah yg 1/2 lg tu hendaklah diteruskan memasak dgn masukkan isi ayam.
Bila ayam dah empuk, masukkan udang, isi kerang, fish/chicken ball dan sawi.
Masak seketika lg hingga udang masak. (kaedah nak tau udang masak bila bahagian kepala dan ekor hampir nak bercantum)
Padamkan api.
Masukkan mee kuning kedalam mangkuk dan tuang kuah keatasnya.
Letakkan bahan2 sampingan dan mee kari sedia utk dimakan :)

* utk lebih sedap lagi, amik kepala udang dan rebus. toskan dan boleh la digunakan air tu. Kalau nak blend kepala udang dgn air tu pun boleh, lagi umph rasanya nanti :)
* k.nor lebih suka masukkan sawi kedalam kuah sbb kalau dicelur saja cam taugeh dan hidang asing2 gitu, biasanya anak2 tak makan. sekurang2nya kalau masukkan dlm kuah, zat sayur akan masuk dlm kuah :)